Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Thursday, December 11, 2008

Qurban Perdana Keluarga Hj Othman Tahun 1429H

Setelah bertungkus lumus bergaduh selama 2 bulan untuk menjayakan program perdana Berkorban Apa Saja, maka telah berakhirlah satu lagi episod gemilang Keluarga Allahyarham Hj Othman B Abdullah dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus.... Al Fatihah.

Berkalung terima kasih kepada Pak (tok) Uteh dan Mak (Nek) Uteh sekeluarga (mohsin dan keluarga, mie dan keluarga), Jumah dan Pawer, Abg Mohd (pak bik), Abg Zack (pak uteh), Abg Jalal (busu jalal), Abg Amir (pak andak), Abg Noor (pak uda), Abg Mol (pak lang), Abg Ishak (pak cik), Mudassir (setelah bersusah payah mengorek t*** lembu dlm usus, tetiba busu jalal/pak uteh selamba je tanam perut lembu tuh) dan juga kepada saifull yg telah menunjukkan azam yg tinggi untuk mengerjakan kepala lembu (last sekali tanam jugak... tak dayo la tu).

Secupak terima kasih (cupak je.... pegang tali lembu pun takut) kepada Abg Isa (Pak Itam) kerana telah men"sponsor" roti gardenia untuk dicicah dgn roti.

Terima kasih juga kepada Mak Long dan Pak Long yg walaupun tidak dpt memeriahkan majlis tetapi telah memberi buah fikiran untuk menjayakan majlis kita bersama.

Berjuta juta thank you kepada Mak Ngah (sedih... balik kg naik bas), Mak Uda sekeluarga (Iwan, Jun, Sabarina, Aizat dan faten), Mak Lang sekeluarga (wani, nurul, ain dan liyana) (sup tulang sedap... cicah roti lak tu), Mak Bik sekeluarga (wa & saifull, diyana, arif, syahira, hairi, hafif & faiz), Mak andak sekeluarga (amal, syam,izzi), mak uteh sekeluarga (hafiz, zati, aisya, hadi) mak cik sekeluarga, dan busu reena sekeluarga. Terima kasih atas kesudian memasak dan menyiapkan apa yg perlu.

Juga berpongkis terima kasih kepada Mr Arif (polis) dan Mr Syam (pak andak) kerana telah menjayakan skuad despatch, Mr Hafiz (pak uteh) yang telah bertungkus lumus menggali lubang sehingga jumpa air yang akhirnya tidak diguna, dan anak anak buah yg lain lain.

Alhamdulillah, segala2nya telah selesai dan tahniah kepada peserta korban kerana telah berjaya menyempurnakan ibadah korban pada tahun ini. Kepada yg lain, simpan niat untuk berkorban walaupun sekali seumur hidup kerana ibadah ini amat dituntut oleh agama kita. Yang berkemampuan dan dimurahkan rezeki oleh Allah diharap dapat berkorban setiap tahun. Kalau nak berkorban mana boleh pilih yg murah, bukannya mcm beli kasut. Yang penting niat. Wallahu'alam.

Akhir kata, Pengerusi Majlis (guwe le tu) mengucapkan terima kasih dan segala yg baik adalah dari Allah dan yg kurang baik/buruk itu datangnya dari saya sebagai makhluk Allah yg lemah dan hina disisiNya. Perancangan Allah mengatasi perancangan hambaNya, justeru saya ingin menyusun jari memohon maaf sekiranya ada antara kita yg tidak berpuashati atas segalanya, termasuk tuturkata, perlakuan dan apa sahaja yg berpunca daripada saya dan/atau AJK majlis. InsyaAllah kita akan menganjurkan upacara serupa jika ada permintaan di tahun tahun hadapan.

Di bawah adalah gambar gambar kenangan acara Korban Perdana Keluarga Hj Othman/Hjh Mariyam Tahun 1429H:



Pak Lah selamat disembelih


Ini pula Ronaldo yg garang.... nasib baik tak kene tendang

Bergambar kenangan bersama lembu kesayangan... Ronaldo. Nak pegi dekat takut...


Hanya 3 org je yg boleh harap tarik lembu tu... yg lain tak cukup kuat.


Sedang mengambil nafas sebelum menarik lembu


Ronaldo yg hensem dan garang


Pak Lah yg lembik.... tapi lepas kene sembelih tu dia bulih bangun lagi.


Persiapan meja melapah... terima kasih kepada busu... heheheh



Org tgh sibuk siapkan meja semua, diorg boleh pulak pegi rumah busu biah, makan.



Balik dari rumah busu biah



Gambar kenangan Hari Raya Aidil Adha 1429H, keluarga Pak Cik






8 comments:

Anonymous said...

kepada yang berusaha...terima kasih byk2 le ye...blog nih sgt menarek n meriah..melaka mmg best la..huhu..byk kn loghat melaka lg tau...suke...thanx a lot sedare mare sume atas kejesame anda menjayakan qurban2008..

Anonymous said...

tunjuk gmba yg elok2 je.knp x amik yg masak2 tu.maksdare2 n anak2 dare masak2 kt dapo tu.sup yg dikatekan sedap tu...xnmpk pon.
alhamdulillah sume dh selesai. smp usaha ini bterusan hingga ke thn2 yg akn dtg..
tahniah,salam dr melben (awwww!)
*komen ini ditaip trus secara lgsg oleh dalina.sekian krn sudi mmbaca.fuihhh(lap peluh)

Anonymous said...

ye lah.. xbyk pun gmbau. ni live from afrika ha.. gamai org kulit hitam nak tgk geng die kene korban. yg sekor 2 nyaris2 ilang.

Anonymous said...

.........

ouh sara said...

busu,
yg sklung terima ksih tuh cam ta lngkap jek??
makuteh&pakuteh mne??
pegi melbourne ea??
haha..:D

Latifi Othman said...

dah lengkap dah.... sorry berbanyak, terlepas pandang. tapi pak uteh dah mention awal2 lagi dah. hakim ada ke hari tu?

Latifi Othman said...

emailed by mokteh (nekteh)
(tipah3355@yahoo.com),
Assalamu'alaikum semua, mokteh dan keluarga yang terlibat dengan qurban tempohari nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang dah bertungkus lumus menjayakan program kita, hari tu tak sempat nak ucap ape2 pun pada semua orang sebab balek tergesa bila kena panggil orang umah. Mudah2an program ini akan jadi acara tahunan, InsyaAllah..

Latifi Othman said...

emailed by sabarina (mak ude):
Salam to all my dear relatives... A'lillah..thank u to Allah bcs w hv done nicely our qurban ceremony last week. too many challenges but w manage to handle it. well done! tq mr. president..next year boley wt lg ek??tp tambat lembu pg raya tau. hehe. congrats to pak ndak 0s0, he found Beckham in the jungle. hoho~