Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Monday, May 31, 2010

JALINAN KASIH 2010 - KELUARGA HJ OTHMAN & HJH MARIYAM


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah menjadikan program Jalinan Kasih 2010 - Keluarga Hj Othman & Hjh Mariyam, berjalan lancar tanpa ada kejadian yg tidak diingini berlaku, kecuali Aizat telah menyerang seekor obor-obor dan obor-obor itu pula telah menyerang Aizat balik. Dah baik lom?

Walaupun kali ini cuma 13 pasangan keluarga yg menyertainya (kita ada 19 pasangan kesemuanya), namun kemeriahan dan keseronokan yg dilalui sepanjang program amatlah sukar digambarkan dengan kata-kata.

Presiden telah menerima cadangan untuk program yg akan datang, hanya sehari selepas berakhirnya program terbaru. Ini menunjukkan bahawa kita telah melalui satu fasa menarik dalam hubungan kekeluargaan yg teramat rapat ini. InsyaAllah, jika diizinkan, kita akan cuba mencari tempat yg lebih besar lagi dan kalau boleh dilengkapi dengan kolam renang sebagai tambahan untuk tempat beriadah bersama. Rasanya, resort 20 bilik seperti yg ada di PNK Resort tidak mencukupi untuk keluarga kita memandangkan pada bulan Oktober ini sahaja kita akan menerima 2 lagi pasangan tambahan menjadikan keluarga kita berjumlah 21 pasangan.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan untuk semua ahli keluarga atas keterlibatan dan semangat kesukanan tinggi yg telah ditunjukkan.


Berjuta juta tahniah kepada para AJK yg terdiri drp Iwan (Tim. Presiden), Miza (Setiausaha), Diyana (Bendahari), Sabarina (Biro Acara), Ina & Maisura (Biro Hadiah) - sekadar menyebut beberapa nama- dan semua yg terlibat dalam menjayakan program kita kali ini.

Sekalung terima kasih kepada yg sudi menyumbang, baik wang ringgit, hadiah mahupun tenaga sepanjang majlis kita berlangsung.

Kepada yg telah menyumbang walau tidak dapat hadir (Bibik & Pakbik, Maisura & Saifull, Diyana & Nazrin dan Busu Biah & Busu Jalal), terima kasih atas bantuan anda. Sesungguhnya, bantuan anda telah meringankan beban kami.

Kepada yg tidak dapat hadir pula, cubalah untuk menyertainya di lain masa, InsyaAllah.

Segala perbelanjaan dan pendapatan akan di update diruangan akaun keluarga di sebelah kanan laman ini.

Wassalam.


p/s: gambar akan di upload ikut part, Day 1, Day 2, Agogo Night dan Day 3.

Friday, May 28, 2010

JALINAN KASIH - KELUARGA HJ OTHMAN & HJH MARIYAM 2010

Nama program hari keluarga kita pada tahun ini ialah:

JALINAN KASIH - KELUARGA HJ OTHMAN & HJH MARIYAM 2010


Yaahhoooooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

Wednesday, May 26, 2010

MAP KE PNK SEPANG RESORT, BAGAN LALANG

Salam,

Berikut adalah map ke PNK Sepang Resort, Bagan Lalang.

Kalau tersesat, buat-buat macam tak sesat.

Kalau sempat, saya akan pacak signboard kt simpang strategik.

Kalau tak sempat, tawakkal aje la ye.




Sekian,

Wassalam.

JANGAN LUPA!!!!

Salam

Jangan lupa untuk membawa pakaian, kasut dan baju yg bersesuaian.

Pakaian sembahyang (songkok, kain pelikat, baju melayu), bersukan (seluar pendek/trek, kasut sukan dan topi - takut panas nanti), tidor (apa-apa je yg perlu utk tido, bantal busuk ke) dan menangkap ketam (baju lengan panjang, topi, kasut yg bersesuaian dll).

Sekian

Yiihhhaaa.......

Tuesday, May 25, 2010

MENJELANG HARI KELUARGA - APA YG PERLU ANDA BAWA?


Assalamualaikum wbt.
Berikut adalah brg yg kene dibawa oleh peserta:
1. Colour Pencil untuk yg mengambil bahagian dalam colouring contest.
2. Pisau utk peserta acara melapah nenas.
3. 2 botol 1.5liter berisi air mineral utk setiap keluarga (wajib, kang pengsan lak kang tak cukup air)
4. Pot luck - seperti yg dijadualkan.
5. Jangan lupa.... buah-buahan anda. Setiap ahli kumpulan kene bawa sekurang-kurangnya sebiji buah mereka (?????)
6. Sarung tangan tebal, pale, penyepit - utk peserta acara menangkap ketam.
7. Pakaian bersesuaian untuk tema "Agogo" pada malam grand dinner. Ada hadiah utk pakaian yg paling agogo sekali, iaitu hadiah Pria Terhebat dan hadiah Cewek Montok. Kanak-kanak bwh 12 tahun pun ada hadiah juga, Model Cilik.
So, bersedialah, anda akan diperhatikan!!!!!

Monday, May 24, 2010

PERBARISAN RUMAH SUKAN DAN HADIAHNYA




Assalamualaikum wbt.

Atas sebab2 tertentu, Busu Biah Poco Poco tak dapat menghadirkan diri. Oleh itu, senaman poco poco telah digantikan dengan perbarisan rumah buah-buahan. Akan ada pemenang untuk perbarisan terbaik yg akan diambil kira dari keseragaman, kesinambungan dan sapa yg paling byk bwk maskot buah-buahan kumpulannya (ape benda la yg aku ckp nih).

Pemenang akan dipilih oleh para AJK yg mempunyai kredibiliti dan semangat kesukanan yg tinggi (semua AJK masuk perbarisan... sapa nk jadik pengadil?).

Pemenang perbarisan akan membawa balik semua buah-buahan yg dibawa oleh rumah buah yg lain termasuk buahnya sendiri (ooppss). Alamat penuh la keta pemenang nanti.

Sekian untuk memeriahkan suasana menjelang hari bersejarah ini.

Wassalam.... Hidup NENAS!!!!!

Thursday, May 20, 2010

RUMAH SUKAN

Assalamualaikum wbt.

Bersempena dengan kemeriahan Piala Dunia 2010 yg bakal tiba pada bulan Jun nanti, maka para AJK telah bersetuju untuk meniru konsep Piala Dunia dengan menubuhkan rumah sukan pada program Family Day kita nih nanti.

Kepada culai culai semua, oleh kerana ada yg telah mendapat senarai bocor rumah sukan hari tu, maka dengan ini disiarkan senarai yg terkini.

Kepada Chef de Mission, sila buat persediaan utk pasukan anda (sapa kumpulan durian tu, bawak le durian banyak2.... hahaha)


Pasukan NENAS (susah gila nk cari nenas nih)

Chef de Mission: BUSU
Penolong Kanan : PAK NGAH
Penolong Kiri : PAK CIK
Ahli :
HAFIZ
SYAZWAN
AZIZI

MAK LONG
MAK LANG
JUN
MIZA
WANIE
BAHIRAH
SYIERA


Pasukan DURIAN (durian boleh mintak kt cikgu amir...)

Chef de Mission: PAK UTEH
Penolong Kanan: PAK LONG
Penolong Kanan: NAZEEM
Ahli :
KHAIRY / ARIF
HISYAM
HAKIM

MAK CIK AWIEN
MAK UDA
SYAHEEDAH
NURUL
SABAR
ILI ARINA
FATEN


Pasukan PISANG (cuba bodek pak long, pisang tgh banyak tu)

Chef de Mission : PAK UDA
Penolong Kanan: PAK ITAM
Penolong Kiri: EJAN
Ahli:
AIZAT
HADI
AFIF

MAK NGAH
MAK ANDAK
BUSU REENA
KAK INA
LIYANA
ZATI
RAIHAN


Pasukan TEMBIKAI (tepi jalan berlambak ada jual)

Chef de Mission: PAK LANG
Penolong Kanan: PAK ANDAK
Penolong Kiri: MUDDASSIR
Ahli:
IWAN
IZZUL
FAIZ

MAK ITAM
MAK UTEH
AKMAR
AMALINA
ASYA
ANIS
AIN


Pasukan KELAPA MUDA (mana nak cari?)

Chef de Mission: IRFAN
Penolong Kanan: DANIAL
Penolong Kiri: IZZAT
Ahli:
SYAZLINA
HAZIQ
FAHIM
IKHWAN
IZHAR
HARISH


Oleh itu, marilah kita memantapkan kerjasama berpasukan dan mari kita rebut hadiah kumpulan terhebat sepanjang zaman. Jangan lupa bawak pisang, durian, nenas, tembikai dan kelapa muda untuk memeriahkan pasukan kita...

Wassalam.... yiiihhhhaaaa

Tuesday, May 18, 2010

Artikel / Pengalaman / Kisah Teladan.

Menyahut sahutan tuan moderator sila baca sumbangan saya di sini.

Tuesday, May 11, 2010

JEMPUTAN MENULIS ARTIKEL/PENGALAMAN/KISAH TELADAN

Assalamualaikum WBT.

Seperti tajuk di atas, sukacita dijemput sesiapa yg berminat untuk menulis artikel/pengalaman/kisah teladan atau apa sahaja terlintas untuk menulis dalam ruangan "Karya Kami-Kami", untuk dimuatkan ke dalam buku kenang-kenangan sempena family day kita nanti.

Segala karya hendaklah dihantar kepada Tn Presiden selewat-lewatnya pada 20 Mei 2010.

Sekian dan Wassalam.

Wednesday, May 5, 2010

ANJAKAN PARADIGMA...

Assalamualaikum wbt.

Blog keluarga Hj Othman & Hjh Mariyam telah melalui satu fasa yg menarik. Kita mempunyai domain dotcom sendiri. Kini blog keluarga kita boleh di akses di alamat spt berikut:

http://www.hj-othman.com

Oleh itu, tukar alamat web anda yg anda simpan ke alamat seperti di atas.

Sekian dan terima kasih.

Tuesday, May 4, 2010

Tentatif Program Hari Keluarga Hj Othman & Hjh Mariyam 2010


contoh pakaian Agogo... yiehhhaa. Yang depan sekali tu seksi gila... hahaha


Assalamualaikum WBT.

Berikut adalah tentatif program Hari Keluarga 2010 kita:

Hari Pertama

Jumaat, 28 Mei 2010

12.00 Tghari - Check In Time - bawak duit lebih sebab ada gerai jualan (tupperware la, cellplus la, air freshener la, Hai-o la)

01.00 PM - Kaum Lelaki pergi menunaikan Solat Jumaat (yg cukup syarat musafir dikecualikan)

03.00 PM - Program bermula

07.00 PM - Bersiap untuk Majlis Ibadah - bacaan Yasin, tahlil arwah, solat hajat untuk yg ambik peperiksaan dan apa aje hajat yg ada.

10.00 PM Selesai makan. Program menangkap ketam akan dimulakan


Hari Kedua

Sabtu, 29 Mei 2010

07.15 AM - Amik Gambar Keluarga - sesapa ada DSLR, sila bawak ye.

07.30 AM - Tarian Ponco Ponco (poco poco kot) bermula - dikendalikan oleh Busu Biah

08.00 AM - Sarapan (disediakan)

08.30 AM - Program bermula

01.00 PM - Makan Tghari (disediakan)

03.00 PM - Program disambung

08.00 PM - Selesai solat, Majlis tema bermula - Agogo. Kalu nk nyanyi, sila nyanyi lagu 60an, 70an dan 80an sahaja yek. kalu bawak CD sendiri lagi bagus. Ada anugerah Best Dress Cowok, Best Dress Cewek dan Best Dress Cilik.

12.00 AM - Majlis selesai dan program mencari ketam bermula lagi


Hari Ketiga

Ahad, 30 Mei 2010

07.30 AM - Tarian Senamrobik - dikendalikan oleh Pak Uda

08.00 AM - Sarapan (disediakan)

08.30 AM - Majlis Penyampaian hadiah

12.00 PM - Check Out Time


Seperti yg diberitahu dalam meeting tempohari, semua acara adalah menjadi rahsia AJK yg berkenaan sahaja. Ini untuk mengelakkan peserta membuat persiapan awal (chehh...)

Sekian adanya...

Wassalam.