Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Monday, May 31, 2010

JALINAN KASIH 2010 - KELUARGA HJ OTHMAN & HJH MARIYAM


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah menjadikan program Jalinan Kasih 2010 - Keluarga Hj Othman & Hjh Mariyam, berjalan lancar tanpa ada kejadian yg tidak diingini berlaku, kecuali Aizat telah menyerang seekor obor-obor dan obor-obor itu pula telah menyerang Aizat balik. Dah baik lom?

Walaupun kali ini cuma 13 pasangan keluarga yg menyertainya (kita ada 19 pasangan kesemuanya), namun kemeriahan dan keseronokan yg dilalui sepanjang program amatlah sukar digambarkan dengan kata-kata.

Presiden telah menerima cadangan untuk program yg akan datang, hanya sehari selepas berakhirnya program terbaru. Ini menunjukkan bahawa kita telah melalui satu fasa menarik dalam hubungan kekeluargaan yg teramat rapat ini. InsyaAllah, jika diizinkan, kita akan cuba mencari tempat yg lebih besar lagi dan kalau boleh dilengkapi dengan kolam renang sebagai tambahan untuk tempat beriadah bersama. Rasanya, resort 20 bilik seperti yg ada di PNK Resort tidak mencukupi untuk keluarga kita memandangkan pada bulan Oktober ini sahaja kita akan menerima 2 lagi pasangan tambahan menjadikan keluarga kita berjumlah 21 pasangan.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan untuk semua ahli keluarga atas keterlibatan dan semangat kesukanan tinggi yg telah ditunjukkan.


Berjuta juta tahniah kepada para AJK yg terdiri drp Iwan (Tim. Presiden), Miza (Setiausaha), Diyana (Bendahari), Sabarina (Biro Acara), Ina & Maisura (Biro Hadiah) - sekadar menyebut beberapa nama- dan semua yg terlibat dalam menjayakan program kita kali ini.

Sekalung terima kasih kepada yg sudi menyumbang, baik wang ringgit, hadiah mahupun tenaga sepanjang majlis kita berlangsung.

Kepada yg telah menyumbang walau tidak dapat hadir (Bibik & Pakbik, Maisura & Saifull, Diyana & Nazrin dan Busu Biah & Busu Jalal), terima kasih atas bantuan anda. Sesungguhnya, bantuan anda telah meringankan beban kami.

Kepada yg tidak dapat hadir pula, cubalah untuk menyertainya di lain masa, InsyaAllah.

Segala perbelanjaan dan pendapatan akan di update diruangan akaun keluarga di sebelah kanan laman ini.

Wassalam.


p/s: gambar akan di upload ikut part, Day 1, Day 2, Agogo Night dan Day 3.

No comments: