Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Friday, February 19, 2010

Senarai Ahli Jawatankuasa Family Day 2010 - Senarai Rasmi

Tajuk di atas adalah dirujuk.

Berikut ialah senarai terbaru AJK Family Day 2010.

Sebelum tu, sekali lagi saya nak minta maaf sekiranya posting sebelum ini telah mengecilkan hati sesiapa sahaja. Anda kena faham, program kita ni adalah bersifat sekali sekala, dan semua yg bekerja (AJK) adalah bekerja secara paksa rela. Satu sen pun kitorang takde ambil dari yuran yg dibayar, malah para AJK inilah yg biasanya terpaksa mengeluarkan duit dari poket diorg sendiri untuk membeli apa-apa pun sekiranya bajet tak cukup. Jadi, apa salahnya kalau kita bersama sama menyokong, bukannya membantah, segala apa yg dirancang agar program yg sekali sekala ini berjalan dengan lancar. Kita sepatutnya berasa teruja (excited la tu) dan tidak sabar untuk menantikan tarikh Family Day kita nanti. Mula lah kumpul duit dan ketepikanlah program yg kurang penting ye. Lapangkan lah masa pada tarikh tersebut untuk kita bersama berkumpul dan memeriahkan program kita bersama. Terlalu besar harapan kami sebagai AJK sukarela nih, agar semua ahli dapat berkumpul, diulangi, semuanya sekali, 77 org.

Okeh... sekarang ialah senarai AJK Family Day:



Sebarang penolakan adalah tidak dilayan (paksa rela namanya).

Segala pertanyaan sila call/sms/email/ym kepada saya.

Sekiranya ada yg ingin menawarkan diri, anda adalah amat dialu-alukan.

Sebarang cadangan, sila kemukakan kepada AJK yg berkenaan.

Marilah kita bersama menjadikan program sekali sekala ini sebagai program yg akan diingati selama-lamanya.

Kepada AJK yg dilantik, tahniah kepada anda dan anda boleh bermula sekarang untuk merancang dan menjayakan Family Day kita.

Kesinambungan keluarga kita adalah bergantung sepenuhnya kepada sokongan dan kerjasama anda semua.

Sekian dan Selamat Bekerja!!!

Wassalam.

Thursday, February 18, 2010

Penangguhan Program Family Day Hj Othman 2010

Berikut adalah butir penangguhan Program Family Day kita:

Tarikh Asal : 26 - 28 February 2010
Tarikh Baru : 28 - 30 May 2010 ( 3 Hari 2 Malam)
Tempat : PNK Sepang Resort, Bagan Lalang, Sepang, Selangor
Yuran : RM 300.00 - untuk yg telah berkahwin
RM 100.00 - untuk bujang bekerja
Sumbangan : Tidak diwajibkan, tetapi amat dialu-alukan.

Penangguhan ini adalah disebabkan oleh ramai ahli yg tidak dapat hadir pada tarikh asal.

Kepada yg kata mahal, anda ada 3 bulan untuk kumpul duit RM300. Untuk pengetahuan anda, RM 300 yg anda bayar adalah meliputi 1 bilik untuk anda dan pasangan, makan (Breakfast, lunch, BBQ, breakfast) dan cenderahati.

Pada Program Hari Keluarga yg lepas, kita mengenakan yuran yg berbeza, bermula dari RM250 (level 1), RM 150 (level 2 - berkahwin) dan RM 50 (level 2 - bujang bekerja). Tetapi, hanya yg bertuah sahaja mendapat bilik, dan kita terpaksa juga memungut yuran tambahan untuk menampung defisit.

Kepada yg tidak dapat hadir atas sebab-sebab keluarga dan komitmen kerja, anda adalah dimaafkan. Tetapi, sesiapa yg tak hadir atas sebab pergi seminar yg kene bayar rm400 (sedangkan busu dah beri tarikh Family Day sejak 6 bulan lepas, seminar tu pulak boleh pegi lain kali), anda tak akan dimaafkan. Nampak sangat duit menjadi objektif utama hidup anda. Jangan jadi hamba duit. Ingat satu perkara ni: Duit makin kita cari, semakin dia menjauh. Dan kalau dapat pun duit tu, kita akan kehilangan kebahagiaan. Kalau kita kejar kebahagiaan, duit akan datang kepada kita...

Kita akan cuba untuk buat mesyuarat program Hari Keluarga pada petang/malam/pagi sebelum majlis pertunangan Arif nnti. Masa tu, sesiapa yg ada rasa nak suarakan apa2, sila bercakap. Jangan bila dah confirm, last minit baru nak kata mahal la, buat satu malam aje la.

Ini fakta kalau buat 2H1M:

1. Nak start program pukul berapa? Check-in bilik pukul 2 ptg. Start pukul 9 pagi? Org dari Melaka nak gerak pukul berapa? Nak duduk mana dari 9 pagi ke 2 ptg tuh?

2. Lepas check-in, masuk bilik, hantar barang - dah pukul 4 ptg. Malam nk buat solat hajat & bacaan Yasin. Lepas tu BBQ. Lepas tu Karaoke, lepas tu tido. Apa acara nya?

3. Esoknya, pagi buat senaman. Lepas tu mandi laut. Lepas tu dah pukul 12 - check-out. Baik duk rumah je...

So, kepada yg memperjuangkan 2H1M, lupakan lah perjuangan anda. Majlis Presiden telah menolak mentah2 cadangan anda.

Lagipun kita buat program nih 3-4 tahun sekali, takkan la tak sanggup keluar belanja sikit. Sepatutnya semua orang excited nak join, bukannya kata mahal la, buat satu malam aje la. Lain la kalau program nih setahun sekali.

Kepada yg terasa hati, jutaan maaf dipinta.

Tetapi, anda juga telah mengguris hati orang lain, seharusnya anda juga meminta maaf kepada sesiapa yg berkenaan.

Sekian dan Wassalam...

Sunday, February 7, 2010

Majlis Perkahwinan Ejan & Sabarina - 6 Feb 2010

Setelah sesat dan kembali ke pangkal jalan, yg tak jumpa pangkal jalan telah terlepas ke Karak dan Segamat, maka inilah sahaja rombongan yg berjaya sampai mengikut jadual:











Sekian adanya...