Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Friday, February 19, 2010

Senarai Ahli Jawatankuasa Family Day 2010 - Senarai Rasmi

Tajuk di atas adalah dirujuk.

Berikut ialah senarai terbaru AJK Family Day 2010.

Sebelum tu, sekali lagi saya nak minta maaf sekiranya posting sebelum ini telah mengecilkan hati sesiapa sahaja. Anda kena faham, program kita ni adalah bersifat sekali sekala, dan semua yg bekerja (AJK) adalah bekerja secara paksa rela. Satu sen pun kitorang takde ambil dari yuran yg dibayar, malah para AJK inilah yg biasanya terpaksa mengeluarkan duit dari poket diorg sendiri untuk membeli apa-apa pun sekiranya bajet tak cukup. Jadi, apa salahnya kalau kita bersama sama menyokong, bukannya membantah, segala apa yg dirancang agar program yg sekali sekala ini berjalan dengan lancar. Kita sepatutnya berasa teruja (excited la tu) dan tidak sabar untuk menantikan tarikh Family Day kita nanti. Mula lah kumpul duit dan ketepikanlah program yg kurang penting ye. Lapangkan lah masa pada tarikh tersebut untuk kita bersama berkumpul dan memeriahkan program kita bersama. Terlalu besar harapan kami sebagai AJK sukarela nih, agar semua ahli dapat berkumpul, diulangi, semuanya sekali, 77 org.

Okeh... sekarang ialah senarai AJK Family Day:



Sebarang penolakan adalah tidak dilayan (paksa rela namanya).

Segala pertanyaan sila call/sms/email/ym kepada saya.

Sekiranya ada yg ingin menawarkan diri, anda adalah amat dialu-alukan.

Sebarang cadangan, sila kemukakan kepada AJK yg berkenaan.

Marilah kita bersama menjadikan program sekali sekala ini sebagai program yg akan diingati selama-lamanya.

Kepada AJK yg dilantik, tahniah kepada anda dan anda boleh bermula sekarang untuk merancang dan menjayakan Family Day kita.

Kesinambungan keluarga kita adalah bergantung sepenuhnya kepada sokongan dan kerjasama anda semua.

Sekian dan Selamat Bekerja!!!

Wassalam.

No comments: