Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Thursday, February 18, 2010

Penangguhan Program Family Day Hj Othman 2010

Berikut adalah butir penangguhan Program Family Day kita:

Tarikh Asal : 26 - 28 February 2010
Tarikh Baru : 28 - 30 May 2010 ( 3 Hari 2 Malam)
Tempat : PNK Sepang Resort, Bagan Lalang, Sepang, Selangor
Yuran : RM 300.00 - untuk yg telah berkahwin
RM 100.00 - untuk bujang bekerja
Sumbangan : Tidak diwajibkan, tetapi amat dialu-alukan.

Penangguhan ini adalah disebabkan oleh ramai ahli yg tidak dapat hadir pada tarikh asal.

Kepada yg kata mahal, anda ada 3 bulan untuk kumpul duit RM300. Untuk pengetahuan anda, RM 300 yg anda bayar adalah meliputi 1 bilik untuk anda dan pasangan, makan (Breakfast, lunch, BBQ, breakfast) dan cenderahati.

Pada Program Hari Keluarga yg lepas, kita mengenakan yuran yg berbeza, bermula dari RM250 (level 1), RM 150 (level 2 - berkahwin) dan RM 50 (level 2 - bujang bekerja). Tetapi, hanya yg bertuah sahaja mendapat bilik, dan kita terpaksa juga memungut yuran tambahan untuk menampung defisit.

Kepada yg tidak dapat hadir atas sebab-sebab keluarga dan komitmen kerja, anda adalah dimaafkan. Tetapi, sesiapa yg tak hadir atas sebab pergi seminar yg kene bayar rm400 (sedangkan busu dah beri tarikh Family Day sejak 6 bulan lepas, seminar tu pulak boleh pegi lain kali), anda tak akan dimaafkan. Nampak sangat duit menjadi objektif utama hidup anda. Jangan jadi hamba duit. Ingat satu perkara ni: Duit makin kita cari, semakin dia menjauh. Dan kalau dapat pun duit tu, kita akan kehilangan kebahagiaan. Kalau kita kejar kebahagiaan, duit akan datang kepada kita...

Kita akan cuba untuk buat mesyuarat program Hari Keluarga pada petang/malam/pagi sebelum majlis pertunangan Arif nnti. Masa tu, sesiapa yg ada rasa nak suarakan apa2, sila bercakap. Jangan bila dah confirm, last minit baru nak kata mahal la, buat satu malam aje la.

Ini fakta kalau buat 2H1M:

1. Nak start program pukul berapa? Check-in bilik pukul 2 ptg. Start pukul 9 pagi? Org dari Melaka nak gerak pukul berapa? Nak duduk mana dari 9 pagi ke 2 ptg tuh?

2. Lepas check-in, masuk bilik, hantar barang - dah pukul 4 ptg. Malam nk buat solat hajat & bacaan Yasin. Lepas tu BBQ. Lepas tu Karaoke, lepas tu tido. Apa acara nya?

3. Esoknya, pagi buat senaman. Lepas tu mandi laut. Lepas tu dah pukul 12 - check-out. Baik duk rumah je...

So, kepada yg memperjuangkan 2H1M, lupakan lah perjuangan anda. Majlis Presiden telah menolak mentah2 cadangan anda.

Lagipun kita buat program nih 3-4 tahun sekali, takkan la tak sanggup keluar belanja sikit. Sepatutnya semua orang excited nak join, bukannya kata mahal la, buat satu malam aje la. Lain la kalau program nih setahun sekali.

Kepada yg terasa hati, jutaan maaf dipinta.

Tetapi, anda juga telah mengguris hati orang lain, seharusnya anda juga meminta maaf kepada sesiapa yg berkenaan.

Sekian dan Wassalam...

8 comments:

Cek Wien said...

frust sungguh rasanye hari keluarga ditangguhkan. entah ada umur ke lagi nak tunggu bulan mei. walaupun 3 bln, macam2 bleh jadi. kenapalah begini jadinye. ku sangka dpt jln hujung bulan ni, rupa2nya.... entahlah, lu pikir la sendiri. malas nak pk!

Latifi Othman said...

itu la... nampaknya kene la simpan duit sikit untuk persediaan kalau kalau ada defisit nnti.

Miza M said...

eh duit tu mmg penting la.. (saje nak bikin panas.. hehe)

anyway, arif tunang bila yer? confirm 28/3 ke? singgah seremban dulu kan?
tlg kasi info sket busu.. tq...

Diyana said...

btul tu duit mmg penting, kalo xde duit kite xdpt pegi family day..hehehe..

arif tunang pada 28/3 ni pukul 12 tghari di gemenceh. knape nk singgah seremban? half n hour je from durian tunggal..

camane ni tarikh baru family day tu cousin (sbelah ayah) kite kawen..

Miza M said...

oh bukan eh? dgr2 macam nak turun dari seremban.. hmm salah info la tu..

Latifi Othman said...

kite miting kat durian tunggal la sementara nk tunggu org perempuan bersiap...

arif said...

Terasa terpanggil utk meMINTA MAAF kpd kaum keluarga khasnya kpd Majlis Pengerusi, AJK2 family day yg bertungkus lumus menyiapkan pogram asal kita, last2 xjadi atas beberapa faktor. rasenye ramai jg yg xdpt dtg.Walaupun sebernya sy jg excited nk tggu family kite ni krn tempat dan aktiviti yg menarik dgn kadar yg berpatutan..

Tp sy adalah diantaranya yg xdpt hadir atas sebab menyertai seminar yg kalian dah pun sedia maklum. cume nak tekankan, sy bukanlah semata2 mengejar duit dgn membelakangkan kebahagian keluarga. juga duit bukanlah menjadi objektif utama hidup sy. Duit bukanlah segala2nya tp segala2nya memerlukan duit. bawa keluarga bersiar2, nak bayar yuran anak2, hadir family day, semua memerlukan duit. yng penting adalah ilmu. supaya niat mencari duit dan kebahagiaan adalah dijalan yg diredhai. InsyaALLAH.
MINTA MAAF skali lg kpd yg bekenaan dan InsyaAllah sy memberi komitmen terbaik uyk keluarga. Semoga kita semua panjang umur agar dpt berkumpul pd family day kita nnt.

Latifi Othman said...

ok... mahap anda diterima. dan semoga kejayaan akan menjadi milik anda sentiasa dan diiringi kebahagiaan berkeluarga. amiin.