Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Thursday, June 6, 2013

HARI KELUARGA 2013: PETA LOKASI DARI TIARA BEACH RESORT




Selamat ber hari keluarga kepada semua.

Semoga perjalanan kita diberkati dan dipermudahkan Allah hendaknya.

JUMPA DI SANA SANA SANA!!!!!!!!!!

FAMILY DAY 2013: PETA KE ISMAH BEACH RESORT





Assalamualaikum wbt.

Bahang hari keluarga kita semakin kuat terasa.

Untuk peserta kontinjen dari Kuala Lumpur, sila ikut arahan berikut:

1. Melalui lebuhraya PLUS, susur keluar ke Plaza Tol Simpang Ampat / Alor Gajah, spt di gambar 1.

2. Ikut seperti di gambar kedua.

3. ikut gambar 3.

4. ikut gambar 4.

5. ikut gambar 5.

Dah sampai.... hahahahaha.

In syaa Allah, jika diizinkan Allah, kita akan bertemu dan berseronok.

Dalam masa yg sama, kita akan adakan bacaan Yasiin & Tahlil utk arwah Hj Othman, Hjh Mariyam dan lain2 yg telah menyahut seruan Ilahi terlebih dahulu dari kita.

Selepas itu kita akan buat Solat Hajat, merayu dan memohon kepada Allah SWT agar dapat mengabulkan segala permintaan kita, baik berbentuk dunia mahupun ukhrawi.

Selesai Solat Isya' secara berjemaah, kita akan mendengar ceramah bertajuk Sembahyang", yg akan disampaikan oleh Ustaz jemputan kita.

Utk makluman, Solat Maghrib, bacaan Yasiin & Tahlil, Solat hajat, Solat Isya' serta ceramah ringkas akan diketuai oleh Ustaz jemputan.

Moga kali ini akan menjadi majlis Hari Keluarga yg paling bermakna dalam hidup kita, In syaa Allah.


Sekian dan Selamat bersukan utk semua kontinjen...


Wassalam



HIDUPPP BARNEY!!!!

hahahaa.... korang ade!!???

Wednesday, June 5, 2013

ATURCARA HARI KELUARGA 2013

 





 
Salam semua,

Berikut merupakan aturcara program sepanjang Family Day 2013. Harap Maklum:-)

PROGRAM HARI KELUARGA HJ OTHMAN & HJH MARIAM 2013

7hb Jun 2013 (Jumaat)
2:00 ptg – Ketibaan semua ahli keluarga
2:15 – 3:30ptg – Pendaftaran (Pembahagian T-shirt & Door Gift)
4:30 – 5:30 – Peraduan Mewarna utk Kanak2 12thn kebwh
5:30 – 7:00ptg – Free Time (Penyediaan Makanan & Makan)
7:30 – 9:30mlm – Solat Maghrib & Solat Isyak Berjemaah (Bacaan Yasiin, Tahlil, solat hajat & Tazkirah dari Imam / Ustaz Jemputan)
9:30 – 11:00mlm - Penerangan mengenai acara & Perbincangan Kumpulan-kumpulan
11:15mlm – pagi - Free Time (Memancing) :)

8hb Jun 2013 (Sabtu)
6:00 – 6:45pg – Solat Subuh & Tazkirah Subuh
7:00 – 7:45pg – Sarapan Pagi
8:00 – 8:45pg – Perbarisan Kumpulan-kumpulan
9:00pg - 12:30tgh – Acara Sukan ( Dewasa dan Kanak-Kanak)
1:30tgh – 2:30tgh – Solat Zohor & Makan Tenghari
3:00ptg – 6:00ptg - Acara Bebas
7:00 – 7:45mlm - Solat Maghrib berjemaah
8:30 – 12:00mlm - BBQ
Pakaian Beragam
Persembahan Fesyen Kanak2 & Dewasa
Cabutan Bertuah & Penyampaian Hadiah

9hb Jun 2013 (Ahad)
6:00pg – 6:45pg – Solat Subuh
7:00pg – 7:45pg – Sarapan Pagi
8:00pg – 10:00pg – Penyampaian Hadiah kepada semua pemenang
Penyampaian Hadiah Kumpulan Terbaik
10:30pg - 12:00tgh – Berkemas untuk pulang

Sekian, Terima Kasih.

:-)
By: Syaheedah Isa

Tuesday, June 4, 2013

BARANGAN KEPERLUAN YG PERLU DIBAWA

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA OLEH AHLI KELUARGA MASING-MASING (JIKA BERKAITAN)

1. Toto
2. Extension
3. Pakaian mandi, sunblock, topi dan keperluan lain untuk mandi di pantai dan aktiviti-aktiviti di tepi pantai.
4. Pakaian sukan dan Kasut sukan
5. Selipar tandas
6. Tuala extra
7. Torch Light
8. Spray nyamuk
9. Joran (alternative jika ada yg berminat kerana ade tempat utk memancing ikan)
10. Minuman kegemaran (setiap ahli keluarga boleh membawa sendiri minuman kegemaran)

Sekian, terima kasih:-)
 By: Syaheedah Isa

INFO UMUM

 
 
Salam semua,

Meeting AJK yang bertarikh 31 Mei 2013 merupakan meeting terakhir AJK. Dengan itu berlabuhlah tirai meeting AJK Family Day 2013 ini. First and foremost, terima kasih kepada pak lang, mak lang dan sekeluarga kerana sudi menjadi tuan rumah untuk meeting yang terakhir ini dan sudi memasak untuk kami yang kelaparan smlm hehe. Kepada saudara-mara yang menghadirkan diri semalam, terima kasih. Kepada yang tidak dapat menghadirkan diri, anda tidak dilupakan. Anda tetap berada dalam ingatan kami:-):-)

Mulai hari ini updates akan diletakkan di facebook, blog haji othman dan juga whats app seperti barang2 yang perlu dibawa dan sebagainya untuk melancarkan lagi sambutan hari keluarga 2013 ini. Kerjasama dari pihak saudara mara sekalian amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih:-)
 
By: Syaheedah Isa