Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Friday, April 17, 2009

Email dari MokTeh (NekTeh)

Berikut di sertakan email dari MokTeh (NekTeh):


Re: Meh Tengok Blog!!!!
Thursday, April 16, 2009 2:00 PM
From: "latipah mohani"
tipah3355@yahoo.com
To: latifi98@yahoo.com

mak oi, tu baru suku keluarga hj othman yang pegi bandung. agak e la kalau
sume pegi mau sewa satu kapal terbang pasal bila balek barang tak muat kargo
tu. lepas ni kut ada trip ke beijing mokteh/pokteh nak la jugak join (kalau sihat
n panjang umur) InsyaAllah

Tahniah lah untuk Dr Hafiz yang mula bertugas ari ni. Camtu la anak mak, tunjuk
contoh yang baik untuk adik2 n sedara mara yang lain. sejuk perut mak mengandungkan
hafiz.



Sekian....

Friday, April 10, 2009

Rombongan Che Yah Ke Bandung 2009 - Liputan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah melindungi hamba2Nya yang pergi bercuti di Bandung, Indonesia.
Sepanjang berada di Bandung, cuacanya sangat indah. Dihari kedua kami di sana, ketika berada di Tangkuban Parahu, hujan turun dengan lebat. Dah la kat situ sejuk, kene pulak hujan macam ais, menggigil kau...
Berikut adalah gambar2 yg telah dipilih untuk di upload kan. nak masuk semua tak larat, ada dekat 400 gambar semuanya. Setiap gambar akan diceritakan. Rasanya trip ke Bandung ini telah mengatasi mana2 trip lain sebelum ini.... memang best... kira bestest ler.

Anda juga boleh layari web album ini untuk lebih banyak gambar lagi:

Kamera Hafiz

Kamera Nur Amija

Kamera Busu

Cakap banyak tak guna, meh layan gambar:



kelihatan wira2 dari sebelah ulu kelang baru turun bas dan sedang berjalan kaki menuju kaunter check-in

sedang menunggu di bilik menunggu, tunggu kapal terbang sampai. masa pegi ok je, kira ontime le.

pemandangan bandar Bandung dari dalam pesawat...padat nak mampus.


airport Bandara Husein Sastranegara Bandung



muka2 ceria setelah selamat mendarat di Bandung, dan bermulanya percutian yg amat menyeronokkan





nampak tak beg2 tu? masa sampai di bandung ada cuma 9 beg je...




Tourist guide kami, Amir, telah memberi welcome drink... bravo Amir, good service.



Amir terus bawa kami ke Restoran Simpang Raya, makan makanan Jawa. hanya lauk yg dimakan shj yg dikira. jumlah semua: RM394,000.00.... ehhh... Rp... RM nye lebih kurang 120 je untuk 13 perut besar dan 1 perut kecik (harish) yg tengah lapar... kenyang giler... Alhamdulillah



aktiviti pertama harish... dia pow si Hafiz bayarkan untuk naik kuda nih... Ada gaya nak ganti Sultan Mizan nih. Lokasi: depan Rumah Ebo (rumah penginapan kami)



Pemandangan taman di hadapan bilik2 kami. jadik tempat bersarapan yg paling indah.



di depan Rumah Ebo. Yg berbaju merah belang putih itu ialah Amir, umur 26 tahun dan masih bujang. nak berkenalan? call agen dia kat sini.... busu.



setelah puas ronda2 dan melakukan first shopping, kami makan di Restoran Karamba's. masakan sunda... sodap wei. Kos: Rp 420,000.00 rasanya, lebih kurang RM130.00.



Sarapan yg pertama dihari kedua di Bandung. Roti Bakar dan Nasi Goreng ape tah. Kira ok le. sampai habis licin di kerjakan dek pak uteh.



pandangan dari atas ketika sedang bersarapan. Indahnye...


sungguh romantis, makan sambil duduk di birai tingkap. nasib baik tak tergolek...


sedang berbincang barang hape yg hendak dibeli hari ini


inilah rupa kenderaan kami sepanjang berada di sana, Isuzu ELF, kapasiti 16 penumpang.


Sate... Sate... Loh, kok dingin dingin jual sate? ini le tempat diorg jual sate masa dolu dolu. yg herannya tempat letak kat bahu tu melengkung ke bawah, bukan ke atas... bisa senget bahu gue...


dalam perjalanan ke Gunung Tangkuban Parahu. kebetulan Indonesia sedang menempuh musim pilihanraya, hari mengundi ialah pada 9 apr 2009. Banner tu tulis "Contreng Pilihan Urang". maksudnya: "undilah pilihan ramai"... (agaknye le, mana le aku tau bahase indon nih)


sepanjang perjalanan, kami disajikan pemandangan indah lereng bukit. disini orgnya rajin memanfaatkan tanah subur mereka dengan menanam sayuran dan bunga2. rasanya teknologi pertanian indon lagi advan dari kita.



lagi pemandangan kebun sayur lereng bukit.


nama pokok yg tinggi2 tu ialah pokok Marang Kerapu Kepunden. Pokok nih apabila ditoreh akan menghasilkan sejenis minyak dipanggil varnish (cat minyak)... betul woo... tak tipu punya.


pemandangan pertama kawah Tangkuban Parahu. Kawah ini dah tak aktif lagi. kawasan ni kuat bau sulfur nye (bau belerang)


hampir 90 peratus dari org2 tu adalah penjual cenderamata. naik rimas dibuatnya. utk pengetahuan, ada terdapat 800 org penjual berlesen ini dan mereka diberi sehari dalam seminggu untuk berniaga. so, seorg hanya dapat meniaga di sini selama sehari shj seminggu.


gambar habis ayu untuk abe...



kenangan indah di Tangkuban Parahu


ni pun posing maut utk abe... kata dah ade, bile nak masuk???


ni plak posing terakhir bersama puteri tercinta.... lepas nih dah jadik milik org lain...


maut... maut... nih pun tak lama gak nih.

lagi kenangan di Tangkuban


kesemua anggota rombongan bergambar bersama sebagai kenangan


lagi gambar di kawah


chewahh.... lepas je amik gambar ni kan, terus diorg beli sweater baru, jenama BOSS lagi. sedondon gitu. sweater lama tu dah di campak kat dlm kawah tuh.


mah tak kira, mah nak jugak amik gambau...

sementara menunggu hujan reda, kami minum kat kedai nih... sejuk gilos. kene air teh halia, kerass gila. pak uteh langsung takleh nak minum.


turun dari Tangkuban, kami makan di Restoran Kampung Daun... Suasananya.... payah nak cerita. makanan mmg sedap. Kos nya: Rp 980,000. lebih kurang RM 300. Mahal tapi puas hati. sodap.

bujang terlajak nih sedang bergaya sambil pandang tempat lain.... aku le tu kang.



perjalanan ke kampung daun


bergambar di pintu masuk Restoran Kampung Daun


makan sambil bersila... jgn jeles


nyaman... makan sambil diiringi deruan air di kali.... perghh


ni pun kire posing maut gak nih...


kat batu tu ade anak sungai....


kenderaan haram guna utk offroad. jalan dia... masyaAllah.


sepanjang perjalanan turun dari Restoran Kampung Daun nih, kami disajikan pemandangan beratus/berpuluh nursery jual bunga dan pokok buah2an.


alaaa.... mcm kat dlm cerita Intan tu, yg si pempuan tu keje kat Angkutan Kota tu.... ni la stesen dia. (masa kat indon ni baru busu tau cerita intan, tu pun mak ngah ngan mak uteh yg cerita)

makan di restoran ape tah.... dah lupa. masakan jawa lagi.


sampai je di Rumah Ebo, peniaga dah tunggu kami rupanya. shopping lagi. banyak betul duit diorg nih...


factory outlet kesukaan gue.... gile dibuatnya bila pegi kat sini sih.


kaum ibu sedang bershopping langsir, cadar dan lain2 untuk majlis masing2. ni kat Pasar Baru. kalu nak pegi Pasar Baru, kurang2 2 hari kene spare.


ape makngah nih duk kat bontot indon tuh? yg indon tu plak ape hal menunggeng camtu? isk...


makan di Restoran Gampoeng Aceh. makanan ala carte gitu. tak de le sedap sangat, kira ok je la. citarasa org malaysia katanya.... ntah.


yg berbaju merah tu supir kami, pak mad namanya. yg pakai sweater tu Amir, tourist guide kami dan yg berbaju belang oren hitam tu, kalau tak kenal nak kene hempuk.


mak ude tengah menerima hadiah dari suami tercinta... hadiah harijadi tahun lepas punya katanya. kira backdated la tu....


sarapan lagi.... hari ketiga rasanya nih, sebelum balik tengahari tu.


bergambar kenangan di ruang reception Rumah Ebo.


lagi kenangan bersama tempat jual sate tu.


dlm perjalanan ke kedai cenderamata majlis...


adoii.... tingginye tempat duduk driver beca nih... bulih kejang otot paha kalu camni.


bas dengan kekuatan 1 kuasa kuda hidup.... hebat betul indon nih.... minyak tak payah bayar.


dalam perjalanan ke airport... ini lah rupa nya tempat dimana pesawat fokker milik TNI terbabas dan merempuh bangunan tu. kalau anda perasan, ada 2 kapal terbang kat situ. ikut kata Amir, nasib baik Fokker tu tak rempuh kapalterbang 2 bijik tu.

bergambar kenangan dgn Amir sebelum masuk ke airport. nampak beg tuh? bertambah 4 kali ganda....

ketika di bilik menunggu, kelihatan forklift ni sedang mengangkat serpihan Fokker yg terbabas semalamnya.

hooray... pesawat kami sampai walaupun terlewat setengah jam....


bye.... nanti kami datang lagi ye Bandung!!! begitu le kata2 dari peserta rombongan ini sebelum menaiki pesawat. nampak hand luggage semua tu? kurang2 sorang bawak 3. masuk dlm baggage lagi, sorang 2 beg.

ceria sewaktu menunggu pesawat...

lagi gambar sebelum naik kapal terbang.... ceria je.

gaya seorang pengembara tegar... penuh stamina dan mempunyai otot yg tegap, buat mengangkat barang yg banyak tu.

gambar dari dlm pesawat sewaktu melintasi tempat kejadian Fokker merempuh bangunan.

adoi laaa.... dah masuk dlm kapal terbang, dah nak take-off dah pun, tetiba steering rosak pulak. hampeh betul.... di halaunye semua warga emas nih keluar dari kapalterbang. dah la bawak brg mcm org nak pindah... senget senget bahu aku.... begitulah antara luahan para penumpang AirAsia nih.


kesian... 8 jam duduk camtu aje.... sengal semua tulang bontot.

aikk.... tadi penuh gaya dan bersemangat waja?? ni dah duduk atas lantai aje ni pasal ape?

penumpang pertama tertewas dek godaan mata...


sedang beratur menunggu giliran mendapat makanan. KFC Indon gitu...


penumpang kedua tersadai...


rupanya penumpang ini telah mendahului yg lain, dia nyuruk kat belakang sekali. dia ingat paparazzi tak dpt cari le tu.

kaum ibu sedang bermesyuarat untuk menetapkan tarikh datang semula ke Bandung. disamping itu agenda mesyuarat juga berkisar tentang perancangan destinasi rombongan untuk tahun depan...


sedang menikmati makan malam ikhlas dari AirAsia. KFC Indon. siap ada nasik lembik lagi. takde kuah.... tercekik.

lepas makan, tido. lepas makan, tido....

kesejukan... kain telekung yg baru dibeli di Pasar Baru terus dipakai... lepas dah pakai tu nak bagi sapa le agaknya tu kang??
Ok le tuan2 dan puan2, sekian sahaja report dari ketua rombongan Rombongan Che Yah Ke Bandung 2009. Sekiranya ada yg berminat untuk join, jgn malu dan jgn segan. Daftar lah diri anda sekarang. Kemungkinan besar destinasi selepas ini samada Beijing/Guangzhou atau Ho Chi Minh City. Mungkin juga ke Bandung sekali lagi.... Best wooo....
Sesiapa yg ingin menggunakan khidmat Amir, boleh menghubunginya di talian:
+6281395062545 (sms pun bulih)
Jgn lupa sebut nama Abg Latifi ya. bukannya dapat komisen pun, tapi biar dia tahu Abg Latifi yg rekomen.
Wassalam.