Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Sunday, August 16, 2009

Persandingan Professor Baharin

Tidak lengkap rasanya jika saya tidak poskan di sini gambar-gambar persandingan saudara kita Baharin di Kg. Parit Bengkok, Batu Pahat, Johor Darul Takzim pada 8 Ogos 2009 yang lalu.

Ya, Baharin selalu tidak pernah tak datang ke Majlis Perkahwinan anak-anak atau adik beradik kita. Tetapi nampaknya kali ini 'balasan budi' kita kepadanya tidak seperti yang dijangkakannya.

Baharin telah menempah sebuah banglo enam bilik di Batu Pahat untuk kita. Tetapi cuma si Udin dan keluarga yang sempat bermalam sama.

Dari Melaka yang datang ialah Cik Gu Muhammad dan Siti Badariah dengan Wawa. Dari Seremban pula saya, Salmah dan Miza. Orang Lembah Kelang tak nampak muka. Yang lainnya ialah adik beradik Baharin dan saudara sebelah ibunya.


Yang mana satu pengantin?


Si Serab sesat di Pekan Batu Pahat. Tetapi kerana dia menjadi pengapit kena tunggu juga.


Mak Andam kata 'Bayar tol dulu'.


Serab cuba menawar harga tol.



Tol sudah dibayar. Sekarang baru boleh bersanding.


Pengantin bersanding.


Kedua mempelai memotong kek, ooops pulut kuning!



Bergambar dengan saudara mara pengantin lelaki.


Lagi saudara mara Baharin.

Tuesday, August 4, 2009

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Adalah dimaklumkan bahawa, Bahrin Bin Abu, telah menjemput semua sanak saudara untuk bersama sama memeriahkan majlis perkahwinannya yg akan diadakan di Batu Pahat, Johor, pada 8 hb Ogos 2009. Berikut adalah perkara yg perlu anda tahu:

Tarikh : 8 Ogos 2009
Masa : 3 Ptg
Tempat : Batu Pahat, Johor (alamat ada pada mak long)
Tempat Tido, sekiranya perlu : Disediakan (banglo 10 bilik, setengah jam perjalanan ke rumah pengantin perempuan)

Oleh itu, sesiapa yg berkelapangan dan ingin memeriahkan suasana, sila hadirkan diri beramai ramai. Untuk pengetahuan, Bahrin ni tak pernah tak datang ke majlis perkahwinan kerabat kita (kene amik kira tu). Dan dia tak dapat nak call setiap org sebab nombol yg ada padanya dah hilang.

Sekian...