Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Saturday, May 30, 2009

Cara Rasullullah Mengelak Dan Menyembuhkan Penyakit

Jumaat Mei 29, 2009


CARA-cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit, seperti yang dipetik dari sebuah buku.

PENYEBAB ROSAKNYA BADAN
Perkara yang menyebabkan rosaknya badan Iaitu perasaan runsing, gelisah, lapar dan tidak tidur malam (bukan tujuan Qiyamullail).

MENERANGKAN PENGLIHATAN
Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun).

Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR
Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa.

Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI
Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.

PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI
Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang.

Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.

KEFAHAMAN DAN INGATAN
Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing.

Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).
Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179).

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (Islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah Nabi SAW.

Ali bin Abi Thalib r.a berkata,'ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'

Tambahnya dengan nada tegas,'Sesungguhnya tiada iman bagi seseorang yang tidak memiliki kesabaran.'

KIRIMAN ANIS KHAIRINA

dipetik dari web: http://mstar.com.my/variasi/agama/cerita.asp?file=/2009/5/29/mstar_agama/20090529110503&sec=mstar_agama

Friday, May 29, 2009

Pahlawan Islam Tersohor: Sultan Muhammad Al-Fatih

Pada hari ini, 546 tahun dulu iaitu pada 29 May 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih telah berjaya membebaskan Kota Constantinople dari tangan Tentera Salib. Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih (الفاتح) atau “siPenakluk” dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Biografi

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd’Allah dari Hum. Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai 7 bahasa (bahasa Turki, Greek, Serbia, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera." Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 ? 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

Pendidikan

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu.


Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh. Keperibadian Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;
a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Persiapan Awal Membebaskan Konstantinople

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal. Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad. Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau. Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak. Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar. Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa. Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab. Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau. Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini. Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Constantinople itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.
Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.


Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

Misi Menawan Konstantinople

Hari Jumaat, 6 April 1453M, Muhammad II atau disebut juga Mehmed bersama gurunya, syaikh Aaq Syamsudin, beserta orang kanannya, Halil Pasha dan Zaghanos Pasha merencanakan penyerangan ke Byzantium dari berbagai penjuru benteng kota tersebut.










Dengan berbekal 150.000 ribu pasukan dan meriam buatan Urban -teknologi baru pada saat itu- Muhammad II mengirim surat kepada Paleologus untuk masuk Islam atau menyerahkan penguasaan kota secara damai atau perang. Constantine Paleologus menjawab tetap mempertahankan kota dengan dibantu oleh Kardinal Isidor, Pangeran Orkhan dan Giovanni Giustiniani dari Genoa.Kota dengan benteng 10m tersebut memang sulit ditembus, selain di sisi luar benteng pun dilindungi oleh parit 7m. Dari sebelah barat melalui pasukan artileri harus merobohkah benteng dua lapis, dari arah selatan laut Marmara pasukan laut harus berhadapan dengan pelaut Genoa pimpinan Giustiniani dan dari arah timur armada laut harus masuk ke selat sempit Golden Horn yang sudah dilindungi dengan rantai besar hingga kapal perang ukuran kecil pun tidak dapat melepasi.


Berhari-hari hingga berminggu-minggu benteng Byzantium masih utuh, kalaupun runtuh dengan adanya celahan-celahan, pasukan Constantine mampu mempertahankan celah tersebut dan dengan cepat menumpuk kembali hingga tertutup. Usaha lain pun dicuba dengan menggali terowongan di bawah benteng, cukup menimbulkan kepanikan kota, namun juga gagal. Hingga akhirnya sebuah idea yang terdengar bodoh dilakukan hanya dalam semalam. Salah satu pertahanan yang agak lemah adalah melalui selat Golden Horn yang sudah dirantai. Ide tersebut akhirnya dilakukan, iaitu memindahkan kapal-kapal melalui darat untuk menghindari rantai penghalang, hanya dalam semalam dan 70-an kapal dapat memasuki wilayah selat Golden Horn.
Keajaiban Tentera Othmaniyyah
Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini.


Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, “Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini.Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!” Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.
Serangan Besar-besaran Mujahidin
Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata.


Semenjak kejayaan kapal mujahidin memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Laungan takbir “Allahu Akbar, Allahu Akbar!” yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu. Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera ‘Turki’ akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.
Usaha Damai Terakhir
Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman.


Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, “… syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta… atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!”. Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, “Baiklah… tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda…!”. Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.
Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu (pada hari ini, 546 tahun yg lalu), Sultan Muhammad bersujud syukur.
Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".
Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".
Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Islambul.
Konstantinopel Menjadi Islambul
Setelah ditakluk, nama Constantinople diubah menjadi Islambul yang bererti “Kota Islam”, tapi kemudian penyebutan ini bergeser menjadi Istanbul seperti yang biasa kita dengar sekarang (sebenarnya ia akibat dari pengkhianat Islam).


Sejak saat itu ibu kota khilafah Bani Uthmani beralih ke kota ini dan menjadi pusat peradaban Islam dan dunia selama beberapa abad. Sebab kota ini kemudian dibangun dengan segala bentuk keindahannya, percampuran antara seni Eropa Timur dan Arab. Gereja dan tempat ibadah non muslim dibiarkan tetap berdiri, tidak diganggu sedikit pun. Sementara khalifah membangun gedung dengan seni bina yang tidak kalah cantiknya dengan gedung-gedung sebelumnya. Sepintas kalau kita lihat gedung peninggalan peradaban masehi sama saja dengan bangunan masjid. Ia jugalah yang mengganti nama Constantinople menjadi Islambul (Islam keseluruhannya).


Kini nama tersebut telah diganti oleh pengkhianat ummah, Mustafa Kamal Ataturk menjadi Istanbul. Nama Muhammad Al-Fatih tersemat sebagai perwira, tetapi bagaimana dengan kita? Perwira Ummat?


Sekarang, mari kita kenali pula beberapa guru-guru yg banyak berjasa kepada Sultan Muhammad Al-Fatih ini:


Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.


Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.


Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin.


Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.


Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.


Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.


Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.


Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.


Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.
*sumber pelbagai....

Tuesday, May 26, 2009

Triple birthday party

Kata orang 'a picture is worth a thousand words'. Kalau nak tahu cerita sebenar sila buka link ini :
http://www.facebook.com/profile.php?id=1153625081&ref=name#/album.php?aid=25849&id=1153625081&ref=mf



atau ini :


http://www.flickr.com/photos/maarof/sets/72157618713009461/

Salam

Monday, May 25, 2009

7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan R.A

7 Perkara Yang Menghairankan :-

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. (Usman Ibn Affan )

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di http://idhamlim.blogspot.com/2009/05/perakara-yang-menghairan-usman-bin.html

Thursday, May 21, 2009

PENGUMUMAN HARI KELUARGA HJ OTHMAN 2010 (Updated)

Salam untuk semua,

Oleh kerana rombongan che yah untuk tahun 2010 telah dibatalkan atas sebab2 kesihatan (selsema khinzir), saya ingin mencadangkan untuk mengadakan HARI KELUARGA HJ OTHMAN 2010.

Segala butir2 adalah seperti di bawah:

Tarikh : 26, 27 & 28 February 2010. (Jumaat, sabtu dan ahad. Jumaat tu cuti Maulud Nabi)

Tempat : Tanjung Bidara Beach Resort, Melaka. Mungkin juga chalet lain yg ok. Review untuk Tanjung Bidara Beach Resort tak bagus.

Bayaran : akan ditentukan kelak, anggaran RM 200 - RM 300 satu keluarga (kami akan cuba untuk menempatkan satu keluarga satu bilik/chalet)

AJK : akan dilantik

Acara : akan dibincangkan sesama AJK

Mesyuarat Pertama : Hari Sabtu pagi, semasa sarapan, hari Diyana Nikah.

Berikut adalah screenshot kalendar 2010.







Sebarang cadangan adalah dengan secara rasminya dibuka!!!

Wassalam

Tuesday, May 19, 2009

Anda Terer??

Magic Card


The Ukrainian Card Trick. Performed by: Shlovko

Pick one of the following cards. Don’t click on it; just keep it in your head.










Scroll down when you have your card,















Think about your card for 5 seconds in front of Shlovko .












Shlovko will attempt to read your mind! Scroll down after 5 Seconds



















The Great Shlovko Has Removed Your Card!





SCARY ISN’T IT.


Now scroll up and do it again, this will freak you out.


Sape yg tau jawapan, jgn bagitau org lain.... heheheh.



Gambar Di Dalam Ka'abah

Beginilah rupa di dalam kaabah.



Terima kasih kepada blogger Ajijoi.

Wednesday, May 13, 2009

Booking Untuk Rombongan Che Yah Tahun 2010


Assalamualikum wbt.

kepada semua culai culai sekalian.

ini ada pengumuman penting.

tuan presiden telah menerima satu panggilan misteri yg telah mengarahkan presiden supaya bertindak mengikut arahan.

hari ini airasia telah melancarkan promosi baru 1,000,000 seats for 2010. justeru, si pemanggil telah mencadangkan agar dibuat satu lagi rombongan.

destinasi yg dicadangkan ialah:

Indonesia : turun ke Jakarta, tido satu malam, kemudian ke Bandung dan tido 2-3 malam. pastu balik dari Bandung. Tambang : RM 70.00 sahaja. (kos tourist guide + hotel sekitar RM350). passport bulih buat berkumpulan.

China : samada Shenzen, GuangZhou atau HangZhou. mungkin duk lama sikit - 4-5 malam. tambang RM 154.00. (tapi kat china ni kos tourist guide + hotel mungkin sekitar RM 700 seorang). kene juga buat passport.

Tarikh : akan ditentukan kelak (bergantung pada kekosongan). dari bulan Januari ke April 2010.

Oleh itu, sesiapa yg ingin menyertai Rombongan, sila reply beserta nama penuh dan IC no.

Juga serta kan syarat penyertaan (cuti sekolah aje ke, China aje ke, Indon tak mau, dll).

amacamm?? berminat??


Best Wishes,

Latifi Othman

Saturday, May 9, 2009

(KHAS) Nukilan Seorang Ibu...

Seawal pagi lagi, seusai solatku, ibu jadi tidak keruan. Fikiranku seakan memusat. Seperti jua hari2 jumaat yang lalu, hampir setiap kalinya ibu akan sendirian di situ. Ibu cuba menjadi diri sendiri. Biarpun itulah yg paling sukar untuk ibu lakukan. Jiwa ibu benar-benar pamit. Kenangan 5 tahun lalu masih sukar untuk ibu lontar jauh-jauh dari hati ibu. Itulah ibu. Seorang ibu yang melahirkan kamu, sayang dan kasih ibu masih kuat terhadap kamu, anakku !
Duhai sayang !
Belahan hati pujaan ibu seorang
Apa kabar dirimu saat ini, nak?
Anakku !
Inilah suara hati ibu untukmu
Tanda cinta ibu yang tiada tepi,
biarpun engkau telah jauh dari sisi ibu


Keadaan ibu 3 jam selepas melahirkan kamu, anakku !
Anakku sayang !
Izinkan ibu bertutur tentang dirimu, nak. Kepada semua orang, ibu ingin bercerita tentang betapa namamu selalu menggoreskan berjuta kenangan. Engkaulah belahan jiwa, yang pernah tidak ibu harapkan awal kehadiranmu. Namun, ternyata dari dirimu jua ibu dapat belajar tentang makna ikhlas dan sabar, anakku !
13 November 1996
Ya Allah, amanahMu telah lahir untuk menyapa dunia. Ini ibu, sayang ! Kemarilah, agar dapat kau hirup air susu beraroma surga, anakku. Akan ibu tawarkan pula cintanya seorang ibunda. Esak tangismu terdengar sungguh indah, nak..seperti bayi-bayi lainnya. Namun entahlah, gerakan bola matamu seakan tidak seia dengan gembira ibu, anakku !
1997
Setahun telah berlalu. Engkau terlihat sungguh berbeza, tidak seperti kedua kakak perempuanmu. Ada apa denganmu, nak? Kudakap dirimu, biar dapat aku alirkan kekuatan cintanya seorang ibu.
Bersabarlah anakku ! Saat dimana banyaknya alat-alat menyiksa tubuh kecilmu, anakku. Jangan! Jangan kau tatap wajah ibu dengan sorot mata penuh bertanya, mengapa? Kalaulah engkau tahu, anakku, ibu jua tidak cukup tega untuk melihatmu diperlakukan seperti itu.
Namun syukur kepada Allah. Engkau diperkira normal saat itu anakku, walau harus lagi mengalami beberapa kali pemeriksaan. Oh ! Tuhan..!Tapi aku ini ibumu, nak dan dari rahim ini engkau ada di dunia. Batin ini tak dapat dibohongi, karna engkau dan ibu disatukan oleh ikatan hati. Ibu biarkan air mata ibu berterusan berkaca, ketika engkau yang masih kecil kembali lagi diperiksa. Saraf, otak, juga pembuluh darah bersama alat-alat yang benar2 menyakitimu, anakku..ibu pasrah ketika itu !
Ibu tidak punya daya untuk membantu menahan sakitmu, anakku..sekadar merenung ditabir kaca bersama mata yg berkaca, anakku !Anakku sayang !Engkau pasti sakit. Kalaulah boleh, biar saja ibu yang merasai itu segala. Tapi bertahanlah, kerna selalu ada ibu di sisimu...terus menemanimu, anakku !
September 1998
Astaghfirullah ! Awan dilangit menjadi resah, hitam kelam, merah dan putih gelisah. Rusuhan terjadi di mana-mana. Anwar Ibrahim kian mengila. Laskar reformasi sedang melata. Dan orang tuamu ini pun terkena kesannya. Ayahmu yang bekerja di perusahaan asing telah diberhentikan dari pekerjaannya. Tak lama kemudian, kita juga harus pindah dari rumah ini anakku. Tak cukup hanya itu, sayang. Ternyata hasil pemeriksaan terbaru benar-benar membawa khabar buruk, dirimu mengalami kelainan kromosom dengan translokasi Robertson, wahai anakku..oh Tuhan !
Anakku !
Air mata ini rasanya tak akan pernah mengering. Tak kunjung usai cubaan yang datang menghampiri kita. Semoga ini tanda Allah sayang kepada hamba-hambaNya.
1999
Anakku ! Dirimu mulai terlihat gagah. Lihatlah, engkau mulai belajar menapak meskipun penuh payah. Melangkahlah terus sayang, walau goyah. Ucapkanlah kata yang kau bisa, karna ibumu bahagia mendengarnya. Tataplah dunia, dengan juling bola mata dan tebalnya kacamata. Bukankah dengan itu pun dapat kau lihat keindahan alam semesta?
2000-2002 (keletahmu buat ibu gembira)
Alhamdulillah...Syukur tak henti ibumu ucapkan kepada Allah. Begitu banyaknya orang yang menyayangimu, anakku. Sahabat dan saudara jelas mengakrab. Persahabatan memang indah, kerana saat resah kita dapat berbagi duka. Dan kau mula melangkah ke tadika pendidikan khas di bandar B. Kadang ibu sering bertanya, mengapa mereka begitu memperhatikanmu, sayang. Tapi ibu tahu jawabannya, hanya cinta yang dapat mengikat hati-hati kita.
Julai 2003
Waktu terus bertamu dan pamit. Dan di setiap saat itu juga, ibu tatap wajahmu ketika lelap. Perlahan, ibu ciummu dengan mesra. Tak lupa ibu bersyukur melihat dirimu kian membesar dan berkembang, meskipun semakin jelas tampak berbeza. Kehadiranmu semakin mengisi setiap sudut hati ibumu. Melahirkan kasih putih yang berlimpah ruah. Menciptakan rasa cinta yang begitu menghairah. Rasa itu semakin hari membuat ibu menjadi khuatir kehilanganmu, anakku !Namun...Adakah wajar seorang ibu yang tidak takut kehilangan buah hatinya? Kepada Allah jua kumohonkan do'a, agar Allah selalu menjaga dirimu, sayang ! Buah hati ibu.
Jumat, 11 Oktober 2003
Hari ini, engkau mengeluh bila kepalamu kian memberat. Peluh memercik didahi dan bawah matamu. Tak perlu bimbang, kata doktor yang merawatmu dua hari setelah itu. Namun besoknya tubuhmu menggigil. Apakah engkau keracunan ubat, annakku ? Teguklah, air kelapa hijau yang ibu beri kepadamu. Ternyata kini dirimu terkena demam berdarah, ketika Selasa menjelang maghrib ibu bawa dirimu ke rumah sakit di bandar B. Ibu resah ketika itu.Ya Allah...Ternyata engkau anakku harus di rawat dan ditahan di Unit ICU, rumah sakit ini , sayang. Cubalah untuk istirehat, pejamkan mata di ruangan serba putih itu, wahai permata ibu.
Rabu, 16 Oktober 2003:Pukul 4.50 pagi
Ibu dikejutkan bila terdengar di sunyi subuh engkau berteriak, sakit. Kejang! Tubuhmu bagai menggelepar. Sabar dan cubalah untuk tabah, anakku. Namun ibu dapat rasakan aura sakaratul maut itu perlahan mulai merenggut, perlahan dan pamit bersama airmata kasih luhor ibu, anakku, mari-lah ibu tuntunmu, anakku, ikuti apa kata ibu..Laa ilaha illa Allah...Ammar Hayat, anak ibu, Laa ilaha illa Allah...kemudian, matamu menatapku. Duhai.., inikah tanda akan perpisahan itu ya Allah ?
Pukul 5.26 pagi
Akhirnya...usai sudah perjalanan hidupmu di dunia fana. Pergilah dengan tenang, anakku. Biarkan jiwa sucimu melayang, di dakap bersama selimut kasih sayang para Malaikat. Ibu dan ayahmu juga kakak-kakakmu ikhlas, wahai anakku. Juraian esak dan tangis kami mengiringi pemergian rohmu, anakku ! dan Allah lebih menyanyangi dirimu, anakku.Anakku sayang permata ibu !Suatu saat, pernah tidak ibu harapkan akan kehadiranmu di rahim ibu. Sering pula ibu menangis kerana menolak kehendakNya menitipkan dirimu buat ibu. Bila menurutkan kata hati ini, sekarang pun ibu ingin kembali menangisi pemergianmu, anakku.
Tapi ibu malu kepada Allah, karena Allah itu lebih tahu tentang makna cinta. Berapa juga besarnya yang ada pada manusia, tapi Allah-lah Sang Pemilik Cinta.Selamat jalan, sayangku ! Bermainlah di alammu di sana, bercanda rianglah penuh tawa. Semoga pula Allah mengampuni segala dosa yang pernah ibu lakukan. Percayalah, betapa sebenarnya ibu teramat sayang kepadamu. Tunggulah ibu, anakku. Nanti akan kembali ibu pelukmu sepenuh hati ibu !
Al-Faatihah buat anakku Ammar Hayat.
Artikel Khas ini disediakan oleh alBanjari Online sempena Hari Ibu - kasih Ibu sepanjang hayat ! HARGAILAH ia selagi ia masih hidup dan berada disisi kalian !
dipetik dari blog wak banjar http://politikbanjar.blogspot.com/

Tuesday, May 5, 2009

INFO: Bahaya lewat urus harta pusaka

Bahaya lewat urus harta pusaka
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM pengarang@utusan.com.my

TANGGAPAN di kalangan masyarakat Melayu bahawa pengurusan harta pusaka hanya boleh diselesaikan melalui hukum faraid sahaja adalah antara penyebab utama berlakunya kelewatan pembahagian yang membawa kepada pertelingkahan sesama waris.
Kelewatan urusan pembahagian harta pusaka itu bukan sahaja akan mendorong berlakunya krisis dalam institusi kekeluargaan tetapi ia akan menyebabkan harta itu terutamanya hartanah akan menjadi statik dan tidak memberikan pulangan ekonomi yang sepatutnya.
Keadaan akan menjadi lebih serius lagi apabila pihak-pihak yang bertelagah mengambil jalan singkat dengan mengambil keputusan menjualkannya bagi membolehkan hasil jualan diagih-agihkan sesama mereka.
Apabila perkara ini berlaku, ia sebenarnya tidak akan menyelesaikan permasalahan utama malah ia akan membawa kepada masalah jangka masa panjang yang lebih serius, bila mana hak milik harta itu berpindah ke tangan pihak ketiga dan wujudnya salah faham sesama mereka yang tidak berpuas hati dengan ganjaran yang diperoleh.
Segala kemelut ini mampu ditangani dengan berkesan sekiranya masyarakat Melayu itu sendiri membuat perancangan awal dengan mengurus tadbir harta mereka secara teratur dan sistematik sebelum meninggal dunia.
Mengimbas kembali apa yang telah berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu, secara asasnya terdapat tiga mekanisme utama yang diguna pakai apabila menyentuh soal pengagihan harta pusaka iaitu hukum faraid, hukum adat dan wasiat.
n Hukum faraid - pembahagian harta mengikut syariat Islam berdasarkan kepada hierarki waris.
n Hukum adat - amalan tradisi sejak berzaman lamanya yang ditentukan kepada konsep tolak ansur dan persefahaman antara waris.
n Wasiat - yang paling jarang diamalkan dan ia berdasarkan kepada peraturan tertentu.
Perlu diakui walaupun pahit, isu pembahagian harta pusaka merupakan suatu perkara yang amat sensitif kerana lazimnya terdapat dua tabiat buruk di kalangan Melayu Islam iaitu tabiat membolot kesemua harta pusaka dan tidak menghiraukan urusan pewarisan harta pusaka itu sendiri.
Gejala buruk ini wajar dihentikan kerana ia langsung tidak mendatangkan faedah kepada para warisnya, walaupun sekelumit.
Lebih menakutkan lagi apabila pemilik asal harta yang sedang bersemadi akan terus terseksa selama mana urusan pembahagian yang sepatutnya selesai secara aman dan harmoni, tidak menemui penyelesaiannya sehingga bertahun-tahun dan warisnya pula asyik bergaduh sesama sendiri.
Masalah tersebut tidak akan timbul sekiranya masyarakat sedar kepentingan menulis surat wasiat tetapi hakikatnya ramai orang Islam menganggap bahawa mereka tidak memerlukan wasiat kerana kewujudan hukum faraid - tanggapan ini ternyata silap.
Kaedah penulisan wasiat juga sebenarnya mampu mengatasi semua permasalahan itu kerana ia mampu membezakan antara harta pusaka dan pemberian atau hibah. Ini kerana wasiat pengagihan harta ditentukan semasa pemilik masih lagi hidup.
Kelebihan menulis surat wasiat antara lain mampu mempercepatkan proses surat kuasa pusaka, mengelak persengketaan antara waris di samping dapat melantik wasi atau pentadbir yang diyakini bertanggungjawab, amanah dan berkesan.
Bagaimanapun, masih terdapat segelintir masyarakat Melayu yang beranggapan apabila harta-harta diagihkan terlebih dahulu sebelum mereka meninggal dunia akan menyebabkan kebarangkalian untuk anak-anak mengabai dan menyisihkan mereka.
Jadi, dalam usaha memastikan kedudukan mereka daripada terkena sindrom dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anak yang tidak berperasaan dan tidak mengenang budi.
Mereka kebanyakannya akan memilih jalan penyelesaian popular iaitu menyerahkan bulat-bulat kepada waris masing-masing untuk menyelesaikan segala kemelut sesama sendiri apabila mereka meninggal dunia kelak.
Para ibu bapa perlu bertanggungjawab mengelak waris-warisnya daripada pergaduhan sesama sendiri.
Pada masa inilah, perlunya peranan Amanah Raya Berhad (ARB) sebagai badan bebas untuk mengendalikan dan menguruskan harta pusaka.
ARB, syarikat milik penuh kerajaan, dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah Raya dan Pegawai Pentadbir Pusaka Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1921 dan diperbadankan pada tahun 1995.
Selain menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan seperti pentadbiran harta pusaka, pentadbiran harta amanah dan pemegang amanah bagi tabung-tabung harta amanah, ARB juga menawarkan khidmat nasihat dan panduan mengenai pembahagian dan pengurusan harta.


**dipetik dari Utusan Malaysia, 5 May 2009