Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Monday, January 21, 2013

Sedikit Ulasan ROMBONGAN CHE YAH KE VIETNAM 2013

  Assalamualaikum wbt.

Pada pertengahan January 2013 yg lepas, Rombongan Che Yah telah ke Vietnam utk sesi jalan jalan cari baju. Kami telah bertolak dari LCCT pada pukul 9.00pg, 13 Januari dan pulang pada 16 Jan, pukul 11.00mlm.

Berikut adalah gambar2 sebagai tatapan anda yg tak dpt pergi ye... heheheh.

DAY 1.

































































































Baru check-in hotel... An Tam Hotel, HCMC. 

Aktiviti utama pada hari pertama ni ialah melawat Ben Thanh Market dan sebelah malamnya pula melawat pasar malam. Untuk pengetahuan semua, lokasi An Tam Hotel ni sangat strategik kerana berada sgt hampir dgn pasar Ben Thanh dan kawasan tumpuan utk membeli belah.

Akibat terlalu jakun, hari pertama tak banyak gambar yg berjaya dirakam.


DAY 2.
(mahap le, gambau tak ikut turutan peristiwa... Tapi masih ikut hari)

bergqambar bersama patung askar vietnam (vietkong kot namanya), di Chu Chi Tunnel.

lagi gambar.

nampak tak lubang kecik kat busut tu? tu sebenarnya lubang udara utk terowong bwh tanah yg berselirat di bawah kami.

bergambar beramai2 di... hape tah kat belakang tu... dah lupa.

incik hakim sedang menembak menggunakan AK 47.

incik hadi pun sama

pak uteh pun ingin merasa menembak pakai AK 47.

malas nk ckp... paling bergaya dan paling terer menembak, tak lain, aku le. kalu tak caye, bulih tanya 3 org kt atas tu ye. org tembak kon, diorg pi tembak org asli kt atas bukit tu.... dasar pengkau.

marching beramai2... jauh woo berjalan.

bergambar di salah satu tank yg berjaya di hancurkan oleh tentera vietkong.

gini le besaunye tunnel diorg ni. nk membongkok tak bleh, nk merangkak takut kotor lak baju... last2 tepaksa le jalan sambil mencangkung.


wajah gembira sbb dah sampai kt tangga keluar tunnel tu.... seksa...


"uihh... sejuknya air bukit ni... terasa fresh gile bila dpt basuh muka dgn air ni"kata Aizat... Tour guide jawab, "itu air paip lah".... kuang kuang kuang...

setelah penat duk dlm van, guide kami, En Hosen bawak makan di restoran dia. Mmg sodap.


DAY 3.

Pagi: selepas sarapan lebih kurang, kami bergerak ke My Tho, Mekong River.

Singgah sebentar melepaskan hajat, sambil berehat.

tah hape agaknya 2 mak dara ni, ketawa tak berenti2...

rehat lg.

sampai pun kat jeti utk ke pulau Unicorn.

gerai di jeti... nampak tak ape yg ade kt dlm botol tu? wine penambah tenaga katanya...


dlm bot


3 jejaka gagah ni cukup suka beli baju kurung n beg tangan... takkan nk pakai sendiri lak kan?

wafa tak bagi can kt harish utk bergambar sorg2.

ini perkara yg paling fear factor skali yg gua buat lah.... aaron aziz pun tak berani nih...

naik sampan menyusur sungai utk ke jeti tempat bot besar berlabuh td. naik sampan ni pun horror gak.


Alhamdulillah... naik je bot, dpt air kelapa muda sorg sebijik... fuuhh... sodap.

kami makan tghari di masjid jami'ul muslimin ni. FYI, hanya pak imam masjid ni, bini dia dan anak2nya shj Muslim di sini. Org lain sumer buddha. Pak imam dan keluarganya yg sediakan makanan tghari utk kami.

penah tengok traffic jam moto? haaa... kt saigon aje yg korg bleh jumpa bende nih.


DAY 4.

Breakfast: Hosen telah mengaturkan 1 breakfast yg menyayat hati kami.

masjid perkampungan islam HCMC.

masa kami sampai pagi tu (pukul 8-9.00 pg camtu), budak2 ni tgh belajar.

ni ustaz diorg. dia mengajar tak de gaji, semua perbelanjaan menguruskan masjid di dapati dari derma org islam vietnam, malaysia, indonesia dan timur tengah.

bergambar bersama beberapa pelajar dan ustaz madrasah nih. kalo ade duit lebih, hulurkanlah bantuan utk org islam di HCMC ni.

melawat post office yg dibina pada zaman penjajahan Perancis.

gambar org tua tu ialah gambar Ho Chi Minh, pengasas vietnam (komunis)


di bahagian depan muzium perang vietnam. Kelihatan seorg jeneral bersara bergambar bersama 2 prebet beliau.

makan di restoran Hosen lg... kali nih lg sedap makanannya.

LAIN LAIN...

makan besar ini ditaja oleh Pak Uteh N Mak Uteh... setinggi terima kasih diucapkan kepada mereka berdua. Kami makan di Restoran Serai. restoran ni kepunyaan org melayu malaysia.



ini pula rupa AN TAM Hotel, HCMC.

tinggi kan? 1 floor hanya ada 3 bilik shj. 1 bilik besar dan 2 bilik standard. ade bathtub tu. hadi n aizat sampai tido la kt dlm bathtub.




gambar ni di ambil dari depan hotel. ujung jln tu ialah pasar ben thanh... dekat kan? kiri kanan jln semuanye kedai dan restoran. pasar malam pun kt depan ben thanh tu aje.



Ok lah. itu aje la utk tatapan korg. keseluruhan rombongan kali ni agak puashati, cuma guide kita kurang ramah. sesapa yg nk pakai tour guide, sila berhubung dgn Mr Husein, no tel: +84 166 760 7900. Husein ni dia boleh ckp melayu dgn lancar sbb dia dulu skolah pondok di trengganu. dia ade kereta utk bwk keluarga kecik, dia ade van 16 seater utk group sederhana dan dia ade bas mini 30 seater utk grup yg besar. sila berhubung dgn dia utk mendptkan pakej yg terbaik. saya cadangkan, booking hotel sendiri, kemudian dptkan husein utk tour.

Mengikut kata dr sumber yg boleh dipercayai, Rombongan Che Yah akan ke Acheh pula. So, sesiapa yg berminat, bolehlah simpan duit dr sekarang ye.

Sekian dan Wassalam.

Monday, January 7, 2013

Hari Keluarga 2013





Assalamualaikum wbt.

Adalah dimaklumkan kepada semua ahli, beberapa keputusan telah dicapai berhubung Program Hari Keluarga Hj Othman & Hjh Mariyam untuk tahun 2013 ini.

Antaranya ialah:

1. Program akan diadakan pada 24, 25 & 26 Mei 2013. (Jumaat tu cuti Wesak)

2. Beberapa tempat telah diusulkan, antaranya ialah:
    a: Janda Baik (ok tak tempat ni: http://hawaresort.com/home.html )
    b: Felda Resort
    c: Cherating
    d: Jelebu

3. Untuk fashion night, telah dimuktamadkan tema mlm itu ialah malam SUPERHERO (muktamad oleh saya.... hahaha). Utk yg nk pakai pakaian Superman, sila jgn lupa pakai spender kat luar. (cadangan saya je, masih terbuka utk dibincangkan oleh ajk nnti)

4. Itu shj.

Sebarang cadangan (yg bernas shj, yg tak bernas jgn cadangkan. Yg bernas tapi tak realistik pun tidak dialu2kan, sbg cth: perlumbaan remote control kapal terbang), sila majukan kepada Tn Presiden En Mohd Ridzuan, Timb. Presiden Pn Siti Nordiyana, dan AJK yg dipaksarela oleh mereka berdua.

Diharapkan semua ahli dpt join program kali ni. Lupakanlah segala rasa sakit hati, dendam dan lain2 perasaan  yg ada unsur2 gangguan setan. Kalo tanak join atas sbb2 yg takdpt dielakkan, anda dimahapkan (huloq la sikit...). Kalo sengaja tanak join, sendiri mau ingat lah yek... ada ubi ada batas, dah siap batas tanam le ubi.

 Sekian dan Wassalam.