Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Monday, January 7, 2013

Hari Keluarga 2013





Assalamualaikum wbt.

Adalah dimaklumkan kepada semua ahli, beberapa keputusan telah dicapai berhubung Program Hari Keluarga Hj Othman & Hjh Mariyam untuk tahun 2013 ini.

Antaranya ialah:

1. Program akan diadakan pada 24, 25 & 26 Mei 2013. (Jumaat tu cuti Wesak)

2. Beberapa tempat telah diusulkan, antaranya ialah:
    a: Janda Baik (ok tak tempat ni: http://hawaresort.com/home.html )
    b: Felda Resort
    c: Cherating
    d: Jelebu

3. Untuk fashion night, telah dimuktamadkan tema mlm itu ialah malam SUPERHERO (muktamad oleh saya.... hahaha). Utk yg nk pakai pakaian Superman, sila jgn lupa pakai spender kat luar. (cadangan saya je, masih terbuka utk dibincangkan oleh ajk nnti)

4. Itu shj.

Sebarang cadangan (yg bernas shj, yg tak bernas jgn cadangkan. Yg bernas tapi tak realistik pun tidak dialu2kan, sbg cth: perlumbaan remote control kapal terbang), sila majukan kepada Tn Presiden En Mohd Ridzuan, Timb. Presiden Pn Siti Nordiyana, dan AJK yg dipaksarela oleh mereka berdua.

Diharapkan semua ahli dpt join program kali ni. Lupakanlah segala rasa sakit hati, dendam dan lain2 perasaan  yg ada unsur2 gangguan setan. Kalo tanak join atas sbb2 yg takdpt dielakkan, anda dimahapkan (huloq la sikit...). Kalo sengaja tanak join, sendiri mau ingat lah yek... ada ubi ada batas, dah siap batas tanam le ubi.

 Sekian dan Wassalam.



No comments: