Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Wednesday, March 28, 2012

PENGUMUMAN PENTING


Assalamualaikum WBT...
Kepada ahli dan semua kaum keluarga.
Seperti yg telah dibincangkan dalam mesyuarat keluarga yg lepas (masa Majlis Pertunangan Miza), kita telah bersetuju utk membuat kutipan wang bagi membiayai kos penyelenggaraan dan baikpulih mana yg perlu, rumah induk di Merlimau.

Sayangnya, menurut tukang pungut duit, setakat ini belum ada lg sumbangan yg masuk ke tabung keluarga untuk tujuan tersebut. Sedihnya...

Memandangkan kita akan mengadakan mesyuarat keluarga yg kedua pada 31/3 ini, sukacita dimaklumkan bahawa kutipan asas (RM 100 setiap keluarga) akan dijalankan.

Kutipan ini bertujuan untuk mencantikkan dan membaikpulih apa yg perlu memandangkan keadaan rumah Arwah Hj Othman & Hjh Mariyam sangat uzur. Bertepatan pula dengan majlis perkahwinan Bahira pada 02 Jun nanti.

Saya yakin dan percaya, semua yang lahir sebelum tahun 1995 mempunyai kenangan indah di rumah ini. Memanjat

Saya berharap agar kesemua 10 pasangan level 1 (wajib RM100, sunat lebih), 14 pasangan level 2 dan bujang yg bekerja dapat menghulurkan bantuan setakat termampu. Sekiranya anda berkemampuan menyumbang lebih, amatlah digalakkan. Jangan sampai ada yang menyebut anda kedekut lak nnti ye (takkan la RM 50 pun berat kan? RM 20 pun ok).

Itu sahaja pengumuman yg hendak diberitahu.

Sekian dan Terima Kasih.


"Majulah Sukan Untuk Negara"