Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Sunday, December 21, 2008

Budak-budak Seremban Khatam Qur'an

Alhamdulillah, setelah menjalani bimbingan mengaji secara intensif selama hampir dua bulan, pada 23 Zulhijjah 1429 bersamaan 21 Disember 2008 anak-anak kita di Seremban iaitu Anis Farhana, Izzul dan Raihan telah berkhatam Qur'an serentak di Maahad Ummu Aiman, beralamat 1003 Taman Sri Pulai 3, Temiang, Seremban. Berikut adalah gambar-gambar peristiwa bersejarah itu.

Ini bunga telur ciptaan Mak Chik Awin. Malam tadi Pak Chik dan Mak Chik beli bunga-bunga tu di Dataran Senawang sedang saya menunggu kawan-kawan (sila tengok blog saya ni.

http://maarofkassim.blogspot.com/2008/12/sessi-teh-tarik-bulanan-disember-2008.html

Mak Ngah pulak bijak. Tak payah susah-susah beli bunga telur. Bagaimana? Dia gunakan semula koleksi bunga-bunga telur yang didapati selama ini dari kenduri-kenduri kahwin orang lain. Itu sebab bunga telur ini berbagai warna. Semua orang kena belajar dari Mak Ngah ni.


Ini dia backdrop untuk acara ini.


Ibu-ibu.



Bapa-bapa.


Sususan bunga-bunga telor. Orang Negeri Sembilan panggil sekumpulan bunga telur sebagai 'panco'. Jadi panco-panco lah ni.


Mereka bersedia untuk berkhatam.


Anak-anak perempuan menuggu giliran.


Giliran Anis berkhatam.


Ini giliran Izzul pula.

Oh ya, Raihan tidak dibenarkan membaca oleh kerana masalah remaja.

Semua sudah membaca. Sekarang mereka berdoa.


Anak-anak lelaki pula membaca doa. Izzul buat apa tu?


Anis menerima sijil Khatam Qur'an dari Ustazahnya.


Giliran Raihan pula. Minta maaf gambar kurang jelas. Mungkin gambar dari Pak Cik Ishak lebih jelas.


Izzul dengan sijilnya.

Mereka begambar dengan kakitangan Maahad ini selepas acara selesai.
Adalah diharapkan banyak lagi institusi mengadakan kursua mengaji Qur'an dan seterusnya mengadakan upacara berkhatam seperti ini.

Friday, December 19, 2008

The All-new Proton MPV

Cantik??? Sape yg ada banyak RM, meh la beli sebungkus dua....
Picture taken from various website....



































































Thursday, December 11, 2008

Qurban Perdana Keluarga Hj Othman Tahun 1429H

Setelah bertungkus lumus bergaduh selama 2 bulan untuk menjayakan program perdana Berkorban Apa Saja, maka telah berakhirlah satu lagi episod gemilang Keluarga Allahyarham Hj Othman B Abdullah dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus.... Al Fatihah.

Berkalung terima kasih kepada Pak (tok) Uteh dan Mak (Nek) Uteh sekeluarga (mohsin dan keluarga, mie dan keluarga), Jumah dan Pawer, Abg Mohd (pak bik), Abg Zack (pak uteh), Abg Jalal (busu jalal), Abg Amir (pak andak), Abg Noor (pak uda), Abg Mol (pak lang), Abg Ishak (pak cik), Mudassir (setelah bersusah payah mengorek t*** lembu dlm usus, tetiba busu jalal/pak uteh selamba je tanam perut lembu tuh) dan juga kepada saifull yg telah menunjukkan azam yg tinggi untuk mengerjakan kepala lembu (last sekali tanam jugak... tak dayo la tu).

Secupak terima kasih (cupak je.... pegang tali lembu pun takut) kepada Abg Isa (Pak Itam) kerana telah men"sponsor" roti gardenia untuk dicicah dgn roti.

Terima kasih juga kepada Mak Long dan Pak Long yg walaupun tidak dpt memeriahkan majlis tetapi telah memberi buah fikiran untuk menjayakan majlis kita bersama.

Berjuta juta thank you kepada Mak Ngah (sedih... balik kg naik bas), Mak Uda sekeluarga (Iwan, Jun, Sabarina, Aizat dan faten), Mak Lang sekeluarga (wani, nurul, ain dan liyana) (sup tulang sedap... cicah roti lak tu), Mak Bik sekeluarga (wa & saifull, diyana, arif, syahira, hairi, hafif & faiz), Mak andak sekeluarga (amal, syam,izzi), mak uteh sekeluarga (hafiz, zati, aisya, hadi) mak cik sekeluarga, dan busu reena sekeluarga. Terima kasih atas kesudian memasak dan menyiapkan apa yg perlu.

Juga berpongkis terima kasih kepada Mr Arif (polis) dan Mr Syam (pak andak) kerana telah menjayakan skuad despatch, Mr Hafiz (pak uteh) yang telah bertungkus lumus menggali lubang sehingga jumpa air yang akhirnya tidak diguna, dan anak anak buah yg lain lain.

Alhamdulillah, segala2nya telah selesai dan tahniah kepada peserta korban kerana telah berjaya menyempurnakan ibadah korban pada tahun ini. Kepada yg lain, simpan niat untuk berkorban walaupun sekali seumur hidup kerana ibadah ini amat dituntut oleh agama kita. Yang berkemampuan dan dimurahkan rezeki oleh Allah diharap dapat berkorban setiap tahun. Kalau nak berkorban mana boleh pilih yg murah, bukannya mcm beli kasut. Yang penting niat. Wallahu'alam.

Akhir kata, Pengerusi Majlis (guwe le tu) mengucapkan terima kasih dan segala yg baik adalah dari Allah dan yg kurang baik/buruk itu datangnya dari saya sebagai makhluk Allah yg lemah dan hina disisiNya. Perancangan Allah mengatasi perancangan hambaNya, justeru saya ingin menyusun jari memohon maaf sekiranya ada antara kita yg tidak berpuashati atas segalanya, termasuk tuturkata, perlakuan dan apa sahaja yg berpunca daripada saya dan/atau AJK majlis. InsyaAllah kita akan menganjurkan upacara serupa jika ada permintaan di tahun tahun hadapan.

Di bawah adalah gambar gambar kenangan acara Korban Perdana Keluarga Hj Othman/Hjh Mariyam Tahun 1429H:



Pak Lah selamat disembelih


Ini pula Ronaldo yg garang.... nasib baik tak kene tendang

Bergambar kenangan bersama lembu kesayangan... Ronaldo. Nak pegi dekat takut...


Hanya 3 org je yg boleh harap tarik lembu tu... yg lain tak cukup kuat.


Sedang mengambil nafas sebelum menarik lembu


Ronaldo yg hensem dan garang


Pak Lah yg lembik.... tapi lepas kene sembelih tu dia bulih bangun lagi.


Persiapan meja melapah... terima kasih kepada busu... heheheh



Org tgh sibuk siapkan meja semua, diorg boleh pulak pegi rumah busu biah, makan.



Balik dari rumah busu biah



Gambar kenangan Hari Raya Aidil Adha 1429H, keluarga Pak Cik






Wednesday, December 10, 2008

Ali Akbar Di New Straits Times, 9 Dec 2008

Malaysian naive art hits town
By : Laviinia Dhanagunan
Ali Akbar Othman with two of his 30 works of art which will be on display until Dec 26.


KUALA LUMPUR: Ali Akbar Othman's paintings are a definite attention-grabber, thanks to their fluorescent hues.

About 30 paintings from his Lanskap Malaya series -- all of which pay homage to traditional wooden houses -- are on display at Balai Seni New Straits Times Press, 31, Jalan Riong, Bangsar here.
The backdrop for most of Ali's paintings are multi-coloured hills which are symbolic of the diversity of Malaysia.
The 52-year-old Malacca- born artist, who started dabbling in a relatively new form of art called "naive art", said he was one of the few serious naive artists in Malaysia.
Naive art is an art form characterised by its simplicity through the strong use of patterns and raw colours.
"Naive art has not really made it to mainstream art in Malaysia yet but I'm hoping this will change within the next 10 years."
Ali said he discovered this art form through his mentor, naive art master Yusof Gajah, whom he met two years ago.
"He told me to try dabbling in naive art."
I researched the form on the Internet and then tried it out. It was like a duck taking to water for me.
"However, I have to say that naive art is not easy as it has to be within you and you can't force yourself to get involved in it."
Through his first solo exhibition which started last Monday, Ali is attempting to promote his style in the local art scene.
His paintings, which are exhibited daily from 10am to 6pm until Dec 26, are also on sale. Those who are interested can call him on 017-669 5659.
Admission is free.
**TAHNIAH DARI KAMI, OTHMANIANS. Semoga sentiasa berkat semua usaha abg.**

Saturday, December 6, 2008

Terkenang semasa di tanah suci.

Semasa saya menaip pos blog ini seluruh jemaah Haji seluruh dunia sama ada sudah berada di tanah Arafah untuk mengerjakan Wukuf atau sedang dalam perjalanan kesana.

Saya masih teringat lagi perjalanan saya ke sana melalui pos ini dalam blog saya seperti di bawah:
http://maarofkassim.blogspot.com/2008/05/mengerjakan-haji-bahagian-25-hari-ke-32.html

Saya dan Salmah terasa bernasib baik kerana termasuk dalam golongan rombongan Haji Malaysia. Walau pun pemergian ke Arafah, Muzdalifah dan Mina mengalihkan kami dari keadaan selesa di hotel Makkah ramai lagi jemaah yang lagi tidak selesa dari kami.

Dari dua tiga hari sebelum kami bertolak ke Arafah keadaan di jalan di hadapan hotel kami sudah sibuk. Jemaah Haji dari negara-negara lain sudah mula berpindah ke Arafah dan Mina. Ada yang bergerak dengan bas. Ada yang menaikki kereta. Ada yang menaikki van. Ada yang duduk di atas bumbung kereta dan van. Yang paling menyayukan hati saya ialah apabila melihat jemaah berjalan kaki.

Kesemua mereka memakai Umrah dengan membwa sedikit bekalan pakaian tambahan melalui beg dijenjeng atau diletak di belakang badan. Ada yang begerak di waktu malam di waktu semua jemaah Haji Malaysia sedang selesa tidur nyenyak di bilik-bilik hotel yang berhawa dingin. Tetapi sekurang-kurangnya jemaah begini terlindung dari kepanasan waktu siang.

Ramai lagi yang bergerak di waktu siang. Mereka ini terpaksa menahan cuaca panas. Nasib baik juga cuaca di Tanah Suci tidak lembab seperti di Malaysia.


Kemudian tibalah masanya untuk jemaah Malaysia pula bergerak ke Arafah. Kami menaiki bas-bas berhawa dingin. Saya tidak fikir ada jemaah Malaysia yang berdiri dalam bas.


Dalam perjalanan kami memotong para jemaah yang berjalan kaki tadi. Mereka senang dikenali dengan pakaian Ihram putih sama seperti yang kami pakai. Ramai juga jemaah yang sudah mendirikan khemah sendiri di tepi-tepi jalan. Yang sedikit bernasib baik dapat mendirikan khemah di bawah jejantas. Sekurang-kurangnya dapat juga mereka berlindung dari panas terik matahari.


Cuma saya tidak tahu dimanakah jemaah-jemaah ala 'gypsy' ini mendapat bekalan makanan dan kemudahan bilik air dan tandas.

Tuesday, December 2, 2008

Ali Akbar di Harian Metro, 2 December 2008

Koleksi ‘Naive Art’ Ali Akbar di Balai Berita NSTP.



CERIA...Ali Akbar bersama lukisannya pada pameran solo di Balai Berita NSTP.




KUALA LUMPUR: Minat mendalam terhadap lukisan yang menampilkan ciri-ciri tradisional serta gabungan pelbagai warna menarik mendorong Ali Akbar Othman menghasilkan karya menggunakan teknik 'Naive Art' yang disifatkan menerokai imaginasi kanak-kanak menerusi ekspresi lukisan yang naif. Ali, 52, yang berasal dari Merlimau, Melaka, berkata teknik lukisan seumpama itu agak asing bagi penggemar lukisan tempatan, namun ia sangat popular di luar negara. Katanya, dia mendapat ilham menghasilkan koleksi terbaru dinamakan Landskap Malaya terdiri daripada 30 lukisan dalam pameran solo pertamanya berdasarkan minatnya pada lakaran berkonsepkan tradisional seperti rumah kampung yang dilihat kian pupus.“Lukisan saya mempunyai landskap berwarna-warni bagi melambangkan rakyat negara ini yang berbilang kaum dan harmoni,” katanya.
Koleksi lukisan berkenaan dipamerkan di Lobi Utama Balai Berita, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di Jalan Riong, Bangsar mulai 1 hingga 26 Disember 2008 dari jam 10 pagi hingga 6 petang.

Ini pula sumbangan saya.

Saya tiba lewat kerana berjumpa kawan-kawan sama sekolah terlebih dahulu. Oleh itu saya sempat mengambil gambar di luar sahaja.

Orang kuat dan oghang kuek.


Pengurus cendol sedang sibok atau pura-pura sibok?


Orang sebelah dilayan oleh Datuk Ezat Emir.


Lagi orang sebelah.



Tuan rumah bertanya "Semua okey?"




Tetamu nak pulang.


Membawa hadiah-hadiah dari tuan rumah.


Lagi membawa pulang hadiah.


Jumpa lagi ya!


Minum cendol. Tapi tak boleh lawan cendol Hj. Sharif, Seremban.


Cik kak cik kak. Agaknya yang di belakang tu malu dia tidak memakai pakain macam orang lain.


Semuanya okey kak. Tak ada lagi masalah nasi tak cukup.


Bagaimana Pok Teh? Ada apa-apa boleh dibetulkan?


Saya tak dapat bersama mesyuarat korban kerana mengantuk. Saya sempat mengambil gambar ini sahaja.


Akhirnya orang yang diraikan memotong kek pertunangan diperhatikan oleh ayahanda dan adinda-adinda.
Mana lagi sumbangan dari member-member lain?
Maarof.