CERIA...Ali Akbar bersama lukisannya pada pameran solo di Balai Berita NSTP.
KUALA LUMPUR: Minat mendalam terhadap lukisan yang menampilkan ciri-ciri tradisional serta gabungan pelbagai warna menarik mendorong Ali Akbar Othman menghasilkan karya menggunakan teknik 'Naive Art' yang disifatkan menerokai imaginasi kanak-kanak menerusi ekspresi lukisan yang naif. Ali, 52, yang berasal dari Merlimau, Melaka, berkata teknik lukisan seumpama itu agak asing bagi penggemar lukisan tempatan, namun ia sangat popular di luar negara. Katanya, dia mendapat ilham menghasilkan koleksi terbaru dinamakan Landskap Malaya terdiri daripada 30 lukisan dalam pameran solo pertamanya berdasarkan minatnya pada lakaran berkonsepkan tradisional seperti rumah kampung yang dilihat kian pupus.“Lukisan saya mempunyai landskap berwarna-warni bagi melambangkan rakyat negara ini yang berbilang kaum dan harmoni,” katanya.
Koleksi lukisan berkenaan dipamerkan di Lobi Utama Balai Berita, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di Jalan Riong, Bangsar mulai 1 hingga 26 Disember 2008 dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
1 comment:
tahniah pak langggggg
im proud of uuu!!
Post a Comment