Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Monday, October 26, 2009

JEMPUTAN RASMI KE MAJLIS PERKAHWINAN ADIK BUSU REENA

Adalah dijemput kesemua ahli Keluarga Hj Othman & Hjh Mariyam untuk ke Majlis Perkahwinan Nurizwani Bt Abdul Aziz.

Berikut adalah butiran Majlis:

Jamuan : 11:00 pg - 4:00 ptg

Majlis Persandingan : 01:30 ptg (Harish sebagai Junior Groomsmen)

Peta Lokasi adalah seperti dibawah.




Besarlah harapan tuan rumah agar semua ahli keluarga dapat meluangkan masa ke Majlis Perkahwinan ini.

Sekian dan Terima Kasih.

Tuesday, October 13, 2009

Pengumuman Peserta Program Qurban 1430H / 2009 - Keluarga Hj Othman


*Gambar ini diambil ketika Program Qurban Perdana Keluarga Hj Othman 2008/1429H. 4 ekor lembu telah berjaya diuruskan.


Assalamualaikum WBT.

Adalah dengan ini, setelah membuat beberapa panggilan, maka peserta pada kali ini ialah seperti tersenarai di bawah:

1. Marhamah (Mak Ngah)
2. M. Ali Akbar (Pak Lang)
3. Ishak (Pak Cik)
4. Harish Haikal
5. Nazrin
6. Nurin
7. Izat

Setiap bahagian berharga RM 350.00.

Bayaran hendaklah dibuat kepada Hjh Maryani, dengan secepat yang boleh.

Berikut adalah agenda program.


26.11.2009:

0800 - 1900 hrs : Ketibaan Lembu Qurban 1430H.

Jangkaan Ketibaan Mangsa Qurban 1430H.


27.11.2009:

0800 hrs : Sembahyang Sunat Aidul Adha 2009

1000 hrs : Segala persiapan telah dibuat, cuma menunggu ketibaan tukang sembelih sahaja

1100 hrs : Tukang sembelih berserta penolong beliau tiba untuk melengkapkan ibadah korban
peserta Program Qurban 1430H/2009 - Keluarga Hj Othman.

1300 hrs : Segala acara telah habis dan sedang mengemas rumah.


Besarlah harapan agar ahli keluarga dapat balik ke kampung beramai-ramai untuk menjayakan program ini.

Adalah diharapkan semoga kesemua peserta Program Qurban 1430H/2009 - Keluarga Hj Othman dapat meluangkan masa menjadi antara yg paling rajin menolong menguruskan acara samada sebelum (mengangkat meja), semasa (tarik hidung lembu, melapah) dan selepas program (seperti membasuh usus besar lembu...).

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program qurban ini, sila maklumkan kepada pengerusi untuk dimasukkan dalam senarai Program Qurban 1431H/2010 nanti, insyaAllah.

Untuk makluman semua, bermula dari tahun ini (1430H/2009) dan tahun seterusnya, kita akan menguruskan hanya seekor lembu sahaja setiap tahun (dengan keutamaan diberikan kepada yg belum berkorban). Ini adalah bertujuan supaya ibadah korban ini sentiasa menjadi amalan keluarga Hj Othman.


Sekian dan Wassalam...

Wednesday, October 7, 2009

Jemputan Beraya Di Lukut

Saya sebagai mewakili keluarga Hj Ahmad B. Hj Alus dan Hjh Latifah, menjemput semua kaum kerabat ke rumah beliau pada hari Sabtu, 10 Oktober 2009. Masa yg ditetapkan ialah pada pukul 2.00 ptg.

Dijemput hadir beramai-ramai ke Lukut.

Sekian,