Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Wednesday, October 7, 2009

Jemputan Beraya Di Lukut

Saya sebagai mewakili keluarga Hj Ahmad B. Hj Alus dan Hjh Latifah, menjemput semua kaum kerabat ke rumah beliau pada hari Sabtu, 10 Oktober 2009. Masa yg ditetapkan ialah pada pukul 2.00 ptg.

Dijemput hadir beramai-ramai ke Lukut.

Sekian,

5 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

AlhamdulillahirobilAlamin,

Walaupun saya tidak mengenali ahli keluarga Tuan Haji Othman, namun saya tumpang bangga dengan ikatan tali kekeluargaan yang kukuh dan saya doakan semoga ianya berkekalan selamanya.

Saya dilahirkan menumpang kasih sayang insan lain, tidak pernah mengenal siapa sebenarnya ibu bapa saya kerana telah diberikan kepada keluarga Melayu sejak lahir. Saya terharu bila melihat keluarga orang lain bahagia dan tumpang gembira serta bersyukur atas kurniaah Illahi ini pada mereka.

Alahmdulillah, sekarang saya punyai keluarga sendiri dengan dua orang anak-anak yang telah dewasa. Namun, tidak mengetahui siapa ibu bapa kita dan keluarga asal kita membuatkan terkadang terasa juga 'kekosongan'.

Tahniah pada seluruh keluarga Hj Othman, Selamat Hari Raya..

Latifi Othman said...

Selamat Hari Raya untuk "Melayuangkat " juga. Semoga beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dan doa kami agar Allah memakbulkan hajat Tuan untuk berjumpa keluarga asal Tuan... Amiin.

maarofkassim said...

Busu,

Melayuangkat ni perempuanlah.

Latifi Othman said...

oo ye ke... kalau camtu jadi Puan lah...

Saifura said...

melayuangkat:
walau xtau sape keluarga asal,tetapi peliharala keluarga yg sedia ada supaya menjadi keluarga bahagia..
terima kasih di ats penghargaan utk keluarga kami..