Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Thursday, July 16, 2009

Ingin Menyemak Arah Kiblat Anda?

Ingin menyemak arah kiblat anda?

Pada tepat pukul 5.28 pm (1728), 16 Julai dan 5.16 pm (1716), 28 Mei setiap tahun, sila bersedia dengan alat berikut:

1. Sebatang kayu sepanjang kira-kira 1 meter.

2. Pacakkan kayu di kawasan lapang.

3. Tunggu sehingga jam astro menunjukkan pukul 1728.

4. Perhatikan arah bayang bayang kayu tersebut.

5. Kiblat adalah bayang-bayang yg menghala ke kayu.




Arah ini dapat kita lihat kerana pada masa tersebut, matahari berada tepat di atas Kaabah.

Setiap tahun kita berpeluang menyemak arah kiblat menggunakan posisi matahari yang beristiwa (transit) di atas (zenit) Kaabah atau Masjidil Haram. Fenomena ini berlaku apabila matahari dalam terbit terbenam hariannya, mengalami tengahari (disebut istiwa/transit) tepat atau hampir tepat di titik zenit (dengan kata lain, berada betul-betul di atas Masjidil Haram atau Kaabah. Peristiwa ini hanya berlaku dua kali setahun, iaitu pada 28 Mei, dan 16 Julai tiap tahun. Sekalipun terdapat pandangan mengenai tahun lompat dan sebagainya, sebagai suatu kaedah rujukan bayang, selisih yang wujud adalah kecil, justeru nilai atau tarikh di atas boleh digunakan setiap tahun.

waktu

Semasa peristiwa ini berlaku, matahari seolah olah menjadi puncak tiang yang didirikan di atas Kaabah, yang mana ianya boleh disaksikan dari setiap pelusuk bumi yang masih mengalami siang ketika itu (dengan kata lain, masih nampak matahari). Ini membolehkan matahari ketika itu, menjadi petunjuk di mana arah Kaabah dengan tepat. Oleh sebab kaedah hitungan falak boleh digunakan untuk menghitung bila waktunya peristiwa ini berlaku di Kaabah, Umat Islam di negara lain hanya perlu merujuk kepada perbezaan waktu sahaja. Malaysia berbeza lima jam dengan Mekah, justeru tengahari di Mekah adalah bersamaan jam 5.16 petang (28 Mei) dan 5.28 petang (16 Julai) di Malaysia.

bayang

Maka pada waktu yang berkenaan, rujuk bayang objek tegak seperti tiang, dinding dan sebagainya, kemudian berdirilah di hujung bayang tersebut menghadap objek berkenaan(bersamaan menghadap ke arah matahari), dan anda sedang menghadap arah kiblat.


Untuk pengetahuan, satu darjah sahaja kiblat kita terpesong akan menyebabkan arah kiblat kita lari dari Kaabah sebanyak 128 km... tak boleh nak kejar tu.


Harap Maklum.

p/s: ada petikan diambil dari laman ini

Monday, July 13, 2009

Besday??? Besday sape?? (rahsia)

email dari rahsia:

SESeoRang Yg MenYamBut BeSday Nyer Yg Ke 43 ????? ( Ye Ke?? )

DeNgaN SesUaTu KeLaiNaN... (busu: 43??? blahh laa..... 53 laaa)

SupRiSE!!!!!! KiTA IkUTi GambAr2 Ini...( BuSu TolOng MAsUk Kan DLm BloG Tau )

Dr UpACara PoToNg kek..SamPai Ler DapT Hadiah...( BanYak Tuh ) HahhahHAhhhaaa........


kejap daddy, kejap ayah.... mana satu nih??

ketam??? sedapnya... nyam nyam...












gendang gendut tali kecapi... kenyang perut senang hati...

hadiah yg berjaya di bawa balik pada malam kejohanan... (pertandingan makan makan kan???)
ok le... anyway, happy besday to En Muhammad Ali Akbar Othman dari kami semua. Semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati oleh-Nya dunia dan akhirat... aamiiin.





Thursday, July 9, 2009

Sekitar Majlis Pertunangan Dalina - Hakeem

Pada 5 Julai yg lepas, satu majlis penuh rahsia telah selamat dijalankan di kediaman rasmi Tn Hj Yusof Jaafar dan Pn Hjh Zaleha Othman, di Merlimau, Melaka. Majlis ini juga telah mencatat sejarah apabila keseluruhan keluarga Hj Yusof Dan Hjh Zaleha telah berkumpul bersama, walaupun kekurangan seorang menantu dan seorang cucu. Mengikut maklumat sulit yg diperolehi dari orang dalam (bukan seluar dalam ye), tarikh perkahwinan dijangka selepas setahun si Dalina bekerja (apa punya maklumat daa...).

Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat gambar yg sempat dirakam oleh paparazzi bertauliah kita.

* Web Album Majlis Pertunangan Dalina - Hakeem


sedang khusyuk mendengar perbincangan org tua...

buat kerja sambil bergosip

persiapan saat akhir... kelihatan pengantin sedang di operasi mukanya oleh doktor keluarga


bilik pengantin yg telah siap di hias

Pn Hjh Zaleha sedang menunjukkan muka marah kerana tukang ambik gambar datang lewat

rendang sedap sedang di kacau oleh tukang masak

memotong apa yg patut

encik ni hanya menolong busu aje... busu sebenarnya yg berpeluh memasak rendang tu

kenduri doa selamat sedang dijalankan

encik2 ini pun hanya eksyen berlakon... konon dia le tu yg memasak

barangan pihak lelaki

wakil pihak lelaki sedang memulakan bicara

ketibaan pihak lelaki dalam hujan gerimis


wakil pihak perempuan sedang berunding

mata yg ada api

mak mentua dia tanya:"sudi ke jadi bakal menantu saya?", Dalina:"ihik ihik ihik... kecik tapak tangan, kereta KU saya tadahkan... ihik ihik ihik (malu malu kucing le tu konon)".

rombongan pihak lelaki

barangan hantaran dari pihak lelaki dan perempuan

anak dara bersama2 mak dara

The Long Lost Journey.... heheheh... Jgn marah aaa...

konon dia le tu yg paling sibuk... sibuk berlakon sibuk... heheheh

kalau majlis I nanti, I nak buat camni.... begitulah kata Cik Wani kita dengan ekspresi mulutnya sekali...

Perempuans bersama Lelaki Terakhir

org lain yg bertunang, org lain yg sibuk amik gambar

lebam bontot si hakim tu akibat terlalu lama duduk camtu... lepas satu, satu org nak amik gambar

pengantin baru...

siapa tu sebelah syahira?

lebauu senyum Pn Hjh Zaleha dan Tn Hj Yusof kita ni...

bergambar bersama keluarga lelaki
Buang yg keruhh... ambil yg jernih... baru teguh... peribadii....