Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Thursday, July 16, 2009

Ingin Menyemak Arah Kiblat Anda?

Ingin menyemak arah kiblat anda?

Pada tepat pukul 5.28 pm (1728), 16 Julai dan 5.16 pm (1716), 28 Mei setiap tahun, sila bersedia dengan alat berikut:

1. Sebatang kayu sepanjang kira-kira 1 meter.

2. Pacakkan kayu di kawasan lapang.

3. Tunggu sehingga jam astro menunjukkan pukul 1728.

4. Perhatikan arah bayang bayang kayu tersebut.

5. Kiblat adalah bayang-bayang yg menghala ke kayu.




Arah ini dapat kita lihat kerana pada masa tersebut, matahari berada tepat di atas Kaabah.

Setiap tahun kita berpeluang menyemak arah kiblat menggunakan posisi matahari yang beristiwa (transit) di atas (zenit) Kaabah atau Masjidil Haram. Fenomena ini berlaku apabila matahari dalam terbit terbenam hariannya, mengalami tengahari (disebut istiwa/transit) tepat atau hampir tepat di titik zenit (dengan kata lain, berada betul-betul di atas Masjidil Haram atau Kaabah. Peristiwa ini hanya berlaku dua kali setahun, iaitu pada 28 Mei, dan 16 Julai tiap tahun. Sekalipun terdapat pandangan mengenai tahun lompat dan sebagainya, sebagai suatu kaedah rujukan bayang, selisih yang wujud adalah kecil, justeru nilai atau tarikh di atas boleh digunakan setiap tahun.

waktu

Semasa peristiwa ini berlaku, matahari seolah olah menjadi puncak tiang yang didirikan di atas Kaabah, yang mana ianya boleh disaksikan dari setiap pelusuk bumi yang masih mengalami siang ketika itu (dengan kata lain, masih nampak matahari). Ini membolehkan matahari ketika itu, menjadi petunjuk di mana arah Kaabah dengan tepat. Oleh sebab kaedah hitungan falak boleh digunakan untuk menghitung bila waktunya peristiwa ini berlaku di Kaabah, Umat Islam di negara lain hanya perlu merujuk kepada perbezaan waktu sahaja. Malaysia berbeza lima jam dengan Mekah, justeru tengahari di Mekah adalah bersamaan jam 5.16 petang (28 Mei) dan 5.28 petang (16 Julai) di Malaysia.

bayang

Maka pada waktu yang berkenaan, rujuk bayang objek tegak seperti tiang, dinding dan sebagainya, kemudian berdirilah di hujung bayang tersebut menghadap objek berkenaan(bersamaan menghadap ke arah matahari), dan anda sedang menghadap arah kiblat.


Untuk pengetahuan, satu darjah sahaja kiblat kita terpesong akan menyebabkan arah kiblat kita lari dari Kaabah sebanyak 128 km... tak boleh nak kejar tu.


Harap Maklum.

p/s: ada petikan diambil dari laman ini

No comments: