Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Sunday, December 27, 2009

60's? 70's? 80's? Afro? Fenin...

Salam...

Memandangkan 70's / 80's / Afro nampaknya berpotensi menjadi juara, maka posting kali ini adalah berkenaan dengan fesyen ini shj. Bukannya apa, buat membayangkan "kalau le aku pakai macam ni, apa rupanya ye?". Atau, "aku nak pakai camni!!!".

So, untuk memberi idea je sebenarnya.

Mari saksikannya:

"boleh buat modal fesyen nih...", kata si DSM Arif dan Hafiz Afro...

yg ini rasanya mak uda punya nih...

ini bibik punya... komfem

sorry aa... kaler putih cam Syawal Ahmad Albab tu takde dlm senarai...

mcm rupa ikan ape ye.... alahhh... yg tembolok dia besar tu

aku le tu kang...

Elvis dgn Stamps dan yg lain, kalu tak salah.

pehh... melentik... cemana nk buat camtu kalu perut dah besau?

mau cari la baju Elvis nih... kat bundle ada kot

hujung kuku je... cayalah


teringat gua kecik dulu... ada ka patut gua yg rock kapak sejati ni dipakai kan camni?

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 1431H - Doa Awal dan Akhir Tahun

REPOST!!!

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431H. BERSAMAAN DENGAN 17hb DECEMBER 2009. SEMOGA MENAMBAHKAN KEIMANAN KITA PADA YG ESA, INSYA ALLAH. Doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah bersama maknanya. Baca doa akhir tahun sejurus sebelum waktu maghrib 17 December 2009 dan baca doa awal tahun selepas waktu maghrib 17 December 2009. Wallahu'alam...

*imej boleh dibesarkan dengan meng klik imej dibawah, boleh juga di save di komputer anda.




Dipetik dari weblog: http://isuhangat.blogspot.com/2008/12/doa-akhir-dan-awal-tahun-hijrah.html
Banyak post menarik dlm blog ini.

Wednesday, December 16, 2009

MARI MENGENALI FESYEN: ROCK KAPAK

"Apa itu rock kapak? Ia bukanla satu genre music dimana siapa yg menyanyikannya harus menggenggam erat sebilah kapak,samaada kapak siam atau kapak conan the barbarian,malah bukanlah muzik yg dimainkan oleh ahli2 Kesatuan Penebang Pokok Berkapak (KAPAK) Rock kapak umumnya adalah jolokan kepada muzik rock yg dimain kan oleh kumpulan rock melayu sekitar 80-90′an,era Battle of The Bands, Box Office Ali Bakar, Muzik Muzik (dihoskan oleh Azwan Ali dgn rambut remosnya, dan Chairmaine Augustine), satu era yg di imortalisasikan oleh Mamat Khalid dalam filem box-officenya, ROCK. Tika itu, cita2 anak muda adalah untuk menjadi rekording artis,hence ramai dari mereka bersungguh belajar main gitar,bela rambut, belajar pakai seluar jeans/pvc/kulit ketat, kasut hitop (especially jenama ALIPH).sebarang apparel yg bercorakkan belang rimau amat popular di kalangan rockers2. tika itu avenue untuk mereka menunjukkan bakat mereka adalah di funfair,ekspo,dan pertandingan seperti BOTB. Kumpulan2 ini termasuklah nama2 yg glamer seperti Search, Lefthanded, MAY dan banyak lagi nama yg telah ditelan zaman seperti Sofea, Desire, SYJ, Rusty Blade, Junction, Bloodshed dan Handy Black.Mereka ini byk dipengaruhi oleh western band seperti motley crue,scorpions,glam rock kebanyakannya, and sesetengah yg ada influence metal sikit. lastly,sesapa minat dgr radio,bukaklah selangor fm 100.9 hari selasa dgn sabtu 10pm-12pm,rancangan retro rock, kalau nak layan nostalgia."

dipetik dari : http://www.speedrider.org/2009/02/antara-rock-kapak-dan-kangkang.html


The Eagles

kumpulan "Akukah Hantu Itu?"

ini gua kenal... Search

kat atas tu pun ada tulis... Meditasi

ni mcm kumpulan SYJ... ke SOFEA. dah tak ingat.

ini kumpulan dari Kampung Parit Perawas agaknya

ini pulak dari Kampung Parit Hj Mat Amin

kalau tema Rock Kapak menang, kasut nih musti kene beli nih...








antara lagu paling top di masa itu...

Begitu lah adanya....

MARI MENGENALI FESYEN: 70's & 80's AGOGO / AFRO


slah satu contoh fesyen "bell bottom".... muka model ni mcm Syazwan pulak? Ye ke???




contoh lagu dari era 70's

sungguh besar rambutnya itu...





beberapa contoh fesyen 70's & 80's agogo / afro nih untuk rujukan tuan2 dan puan2.

Saturday, November 28, 2009

SELESAI: PROGRAM QURBAN KELUARGA HJ OTHMAN 1430H

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT yg telah menjadikan Program Qurban Keluarga Hj Othman 1430H suatu kenyataan. Satu lagi kejayaan bagi keluarga kita. Allah SWT juga telah mengurniakan kepada kita cuaca yg indah dan program yg berjalan dengan lancar. Kerjasama semua pihak juga amat menggalakkan dan sekalung terima kasih kepada semua yg balik dan menolong menjayakan program ini.

Terima kasih kepada nama nama dibawah:

Mak Long & Pak Long
Muddassir
Rahaizad
Bibik & Pak Bik
Maisura & Saifull
Diyana & Nazrin
Arif
Syahira
Hairi
Hafif
Faiz
Mak Ndak & Pak Ndak
Amalina
Syam
Izzi
Mak Uteh
Hadi
Asya
Mak Cik & Pak Cik (power nih)
Ryaihan
Izzul
Busu Reena & Busu (lagi powerrr)

Terima kasih juga kepada Jumah dan Abg Aziz pinggan mangkuk.

Kepada nama nama yg tak tertulis di atas, samada terlupa untuk dimasukkan atau anda pemalas.. hehehehe.

Selesai program qurban, upacara memasak untuk kenduri kesyukuran Arif pula mengambil tempat. Kenduri selesai pada kira kira jam 6.00 ptg.

Berikut adalah gambar yg sempat diambil:



"kacau biar rata, kalau tak rata nanti dia jadi berketul ketul", begitulah kata kata pak bik kepada bibik

kacau biar rata, nanti berketul ketul jugak....

poorah la korang semua, bila nampak busu nak amik gambar, sibuk buat2 sibuk.

En. Amir kita sedang membasuh usus besar lembu

para pemerhati sedang sibuk memerhati

lembu yg tiada nama


tombang...

Kepada sesiapa yg berhajat untuk berkorban pada tahun hadapan, boleh lah start hantar nama kepada sesiapa yg patut ye.

Sekian dan Terima Kasih.

Monday, November 23, 2009

LAPORAN PENYIASATAN BAGAN LALANG

Seperti yg diketahui semua, Mr Presiden telah pergi ke Bagan Lalang untuk membuat beberapa penyelidikan lanjutan berhubung tempat penginapan hari keluarga kita nanti.

Berikut adalah gambar yang sempat diambil.

Lawatan pertama:

Kompleks Agrotourism Sepang / Chalet PNK Sepang


pintu masuk kompleks agrotourism

deretan chalet... kelihatan padang untuk sebarang aktiviti hari keluarga

setelah berunding dengan penunggu chalet, kami dpt melihat kedalam unit untuk ambik gambar... tapi chaletnya tak kemas lagi, penyewa baru get-out.

satu bilik dan ada ruang tamu sikit... dalam bilik tu ada satu katil double dan satu katil single. setakat 5 org boleh masuk nih...

lagi gambar deretan chalet.

rasanya bangunan yg dibelakang haris tu adalah bangunan dorm...

melintas jalan di depan chalet terbentang pantai berpasir halus campur lumpur...




Lawatan ke tempat yg kedua:

Pusat Latihan LKIM



pintu masuk


deretan chalet semi-d.


berjaya memujuk penunggu chalet untuk beri kami masuk mengambil gambar.

ruang tamu ok...


dalam chalet nih ada 2 bilik lagi. setiap satu bilik ada 2 katil single. setakat 6 org selamba je...


deretan calet

tapi yg kurengnya, pantai jauh dari resort... lebih kurang dari rumah mak uda ke giant jauhnya.




Ulasan Besar:

walaupun kedua dua chalet nih ok, tapi ada satu kekurangan yg ketara... swimming pool tarak. takkan nak mandi laut aje kan? kalau duduk kat PNK tu ok la laut dia dekat. kalau duduk kat LKIM?

rasanya kena cari tempat lain... yang ada swimming pool dan dekat dengan pantai. mungkin tanjung bidara kene jugak dimasukkan dalam senarai walaupun ada yg akan membantah.

anyway, cadangan dari anda semua amat dihargai dan dialu alukan.

Wassalam.

Sunday, November 22, 2009

Hari Graduasi Montessori 2009

Salam...

Pada 21 November yang baru lepas, seorang ahli keluarga (pewaris nama Hj Othman) telah selamat mengambil ijazah tadikanya. Pewaris tersebut adalah Harish Haikal Bin Muhammad Latifi Bin Hj Othman Bin Abdullah (bin apa yek?).

Beliau telah lulus dengan cemerlang dan akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Berikut adalah gambar gambar semasa hari konsert dan majlis graduasi beliau.





persediaan untuk scene lakonan Harish... Ali Baba & 40 thieves

selesai berlakon, harish mengetuai geng penyamunnya mengucapkan thank you. Dalam cerita Ali Baba & 40 thieves ni, Harish jadik Ketua Penyamun a.k.a Captain. Gambar lakonan tak ade sebab amik video.

frust betul masa amik gambar ni. Punya la tunggu moment ni, camera lak buat hal, tak bleh snap bebanyak kali. Dapat satu gambar je masa dia nak amik sijil dari Chairman PPICDC Montessori.

bergaya bersama sijil

lagi gambar bersama sijilnya

tengok bebetul kat plaque kuning tu... Excellent wa cakap lu...


Sekian untuk kali ni...

Sebarang hadiah boleh diberi masa kat kampung nanti ye (harish yg cakap, bukan busu).

Wassalam.