Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Sunday, November 22, 2009

Hari Graduasi Montessori 2009

Salam...

Pada 21 November yang baru lepas, seorang ahli keluarga (pewaris nama Hj Othman) telah selamat mengambil ijazah tadikanya. Pewaris tersebut adalah Harish Haikal Bin Muhammad Latifi Bin Hj Othman Bin Abdullah (bin apa yek?).

Beliau telah lulus dengan cemerlang dan akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Berikut adalah gambar gambar semasa hari konsert dan majlis graduasi beliau.





persediaan untuk scene lakonan Harish... Ali Baba & 40 thieves

selesai berlakon, harish mengetuai geng penyamunnya mengucapkan thank you. Dalam cerita Ali Baba & 40 thieves ni, Harish jadik Ketua Penyamun a.k.a Captain. Gambar lakonan tak ade sebab amik video.

frust betul masa amik gambar ni. Punya la tunggu moment ni, camera lak buat hal, tak bleh snap bebanyak kali. Dapat satu gambar je masa dia nak amik sijil dari Chairman PPICDC Montessori.

bergaya bersama sijil

lagi gambar bersama sijilnya

tengok bebetul kat plaque kuning tu... Excellent wa cakap lu...


Sekian untuk kali ni...

Sebarang hadiah boleh diberi masa kat kampung nanti ye (harish yg cakap, bukan busu).

Wassalam.

2 comments:

Diyana said...

Tahniah Harish..blaja pandai2 lg jd doktor ok..hehehe..

bahirah said...

tahniah harish..btol2,study smart jadi doktor pakar jantung ke..