Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Monday, November 23, 2009

LAPORAN PENYIASATAN BAGAN LALANG

Seperti yg diketahui semua, Mr Presiden telah pergi ke Bagan Lalang untuk membuat beberapa penyelidikan lanjutan berhubung tempat penginapan hari keluarga kita nanti.

Berikut adalah gambar yang sempat diambil.

Lawatan pertama:

Kompleks Agrotourism Sepang / Chalet PNK Sepang


pintu masuk kompleks agrotourism

deretan chalet... kelihatan padang untuk sebarang aktiviti hari keluarga

setelah berunding dengan penunggu chalet, kami dpt melihat kedalam unit untuk ambik gambar... tapi chaletnya tak kemas lagi, penyewa baru get-out.

satu bilik dan ada ruang tamu sikit... dalam bilik tu ada satu katil double dan satu katil single. setakat 5 org boleh masuk nih...

lagi gambar deretan chalet.

rasanya bangunan yg dibelakang haris tu adalah bangunan dorm...

melintas jalan di depan chalet terbentang pantai berpasir halus campur lumpur...




Lawatan ke tempat yg kedua:

Pusat Latihan LKIM



pintu masuk


deretan chalet semi-d.


berjaya memujuk penunggu chalet untuk beri kami masuk mengambil gambar.

ruang tamu ok...


dalam chalet nih ada 2 bilik lagi. setiap satu bilik ada 2 katil single. setakat 6 org selamba je...


deretan calet

tapi yg kurengnya, pantai jauh dari resort... lebih kurang dari rumah mak uda ke giant jauhnya.




Ulasan Besar:

walaupun kedua dua chalet nih ok, tapi ada satu kekurangan yg ketara... swimming pool tarak. takkan nak mandi laut aje kan? kalau duduk kat PNK tu ok la laut dia dekat. kalau duduk kat LKIM?

rasanya kena cari tempat lain... yang ada swimming pool dan dekat dengan pantai. mungkin tanjung bidara kene jugak dimasukkan dalam senarai walaupun ada yg akan membantah.

anyway, cadangan dari anda semua amat dihargai dan dialu alukan.

Wassalam.

1 comment:

Ifila Saila said...

Hotel Sri Malaysia ada swimmin pool rasanya.. klu nak lagi canggih, blh try Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa.. :D