Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Wednesday, February 11, 2009

Melancong Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Pada hari Ahad, 8 hb Feb 2009 yang lepas, seramai 9 orang ahli dari 2 keluarga (busu ngan makcik awien) telah melancong ke Melaka. Antara tempat2 menarik yg telah dilawati adalah seperti berikut:

1. Menaiki Bot 'River Cruise'
2. Melepak di Banda Hilir
3. Rumah Bersejarah Hj Othman Dan Hjh Mariyam
4. Rumah Moden Hj Yusof Dan Hjh Zaleha
5. Rumah Besar En Amir Dan Pn Marhanah
6. Melawat Rumah Tradisional Long Kemah
7. Melawat Rumah Teres Abg Aziz Pak Itam Ghani
8. Melihat Benda Baru di Merlimau dan di Seremban

Ada tempat2 yg tidak dpt diambil gambarnya atas sebab sebab keselamatan, sebagai contoh, rumah tradisional Long Kemah dan Rumah Teres Abg Aziz. Ini kerana tuan punya rumah sedang sakit, kalau ambik gambar gak silap2 kene sepak. So, sesapa yg ada masa untuk melawat kedua dua rumah tersebut, sila le pergi. Untuk Pengetahuan, Long Kemah jatuh - tersembam tersadung karpet. Dahinya berdarah dan pahanya patah. Mengikut kata Long Kemah sendiri, lepas ni dia nak suruh doktor masukkan seluruh kakinya dengan besi untuk persediaan kalau2 jatuh lagi. Ini kerana kakinya telah ada 2 besi, satu di lutut dan satu lagi di pahanya (boleh jual kat besi buruk nih). Manakala Abg Aziz pulak telah belajar bukak mata. Beliau amat kurus, mengalahkan Sabarina. Moga kedua2nya cepat sembuh.... Aamiiinnn.

Tanpa membuang masa, kita lihat gambar ini:




baru tiba di Hentian Hang Jebat. Dah beli tiket, tengah beratur tunggu bot. untuk pengetahuan, tiket dewasa rm 10.00, kanak kanak rm 5.00

pintu gerbang hentian ini


utamakan keselamatan....


dengar cerita, Ali Rustam bagi elektrik free dan tolong renovate kepada semua rumah pinggir sungai melaka ni... WallahuA'lam. yang pastinya, mmg cantik.



antara rumah tradisional yg ada di Kg Morten




Tak ku sangka begini jadinya Sg Melaka yg satu ketika dulu.....






Selesai naik bot, ada persembahan tarian pulak kat sebelah kaunter tiket





sebelum turun bot


antara pemandangan bercahaya sepanjang perjalanan yg memakan masa lebih kurang 45 minit


selepas itu kami ke Dataran Sungai Melaka. area Banda Hilir


banyak replika berlampu di sini




Naga di Tepi Sungai

Di sebelah kapal Albuqarque (betul ke aku eja nih) tu, kelihatan menara Taming Sari. Nampak tak gelung dia tu


sekarang gelung tu dah ada kat atas... magik kan


bergambar di dataran sungai melaka


eh... ade lagi gambar kat banda hilir nih... tertinggal


melawat bende baru di Seremban, bersama tuan punye nye. Usia - seminggu.


ini pula melawat bende baru di Merlimau. usia - baru dapat setengah jam (sekarang pukul 5.30 ptg, isnin)

Gitu le adanya lawatan kami di Melaka berakhir. Meh le melawat Melaka, kerana jika anda melawat Melaka bererti anda telah melawat Malaysia... Ali rustam le yg kata, bukan aku.

Monday, February 9, 2009

JEMPUTAN KAHWIN

Berikut adalah disertakan sekali email dari Pak Uda (Abg Noor), wakil Pak Itam Jelani:

DENGAR SEKELIAN YANG ADA - JEMPUTAN KAHWIN UNTUK SEMUA.

Busu,
Tolong war war kan dalam blog kepada semua waris walaq hj Othman dan melalui blog hj-othman ye?

Ada jemputan kahwin daripada Pak Itam Jailani (Jasin) walimatulurus anak lelaki beliau. Dia wakil kan kepada Mak Uda dan ada sepuluh kad jemputan ditinggalkan dirumah taman permata.

Detail Majlis yg akan diadakan adalah saperti berikut:

Pasangan: Mohamad Izwan bin Jailani (aka = boy)
Tarikh: 28hb Febuari 2009 (sabtu)
Waktu: 12 tgh - 4 ptg
Tempat: Pusat Komuniti Taman Ibu Kota
Jalan Ibu Kota Kanan 1
53100 Kuala Lumpur

Tak tau kat mana? Alaaaa dekat uptown danau kota tuuu je. depan sikiiiit aje.

Diharap maklum oleh semua.

Jika ada sesiapa yg nak balik seremban ke, kampung ke, harap tolong bawakan sekali kad jemputan untuk mereka mereka yg berada disana.

Jangan lupa tau.




So, ambik le perhatian ye..... Silakan Hadir.