Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Monday, February 9, 2009

JEMPUTAN KAHWIN

Berikut adalah disertakan sekali email dari Pak Uda (Abg Noor), wakil Pak Itam Jelani:

DENGAR SEKELIAN YANG ADA - JEMPUTAN KAHWIN UNTUK SEMUA.

Busu,
Tolong war war kan dalam blog kepada semua waris walaq hj Othman dan melalui blog hj-othman ye?

Ada jemputan kahwin daripada Pak Itam Jailani (Jasin) walimatulurus anak lelaki beliau. Dia wakil kan kepada Mak Uda dan ada sepuluh kad jemputan ditinggalkan dirumah taman permata.

Detail Majlis yg akan diadakan adalah saperti berikut:

Pasangan: Mohamad Izwan bin Jailani (aka = boy)
Tarikh: 28hb Febuari 2009 (sabtu)
Waktu: 12 tgh - 4 ptg
Tempat: Pusat Komuniti Taman Ibu Kota
Jalan Ibu Kota Kanan 1
53100 Kuala Lumpur

Tak tau kat mana? Alaaaa dekat uptown danau kota tuuu je. depan sikiiiit aje.

Diharap maklum oleh semua.

Jika ada sesiapa yg nak balik seremban ke, kampung ke, harap tolong bawakan sekali kad jemputan untuk mereka mereka yg berada disana.

Jangan lupa tau.




So, ambik le perhatian ye..... Silakan Hadir.

No comments: