Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Sunday, September 27, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN NUR SABARINA & EJAN - 26 SEPT 2009

Alhamdulillah, satu lagi kerabat Hj Othman/Hjh Mariyam telah selamat bertunang dan menghitung hari untuk diijabkabul. Dengar ceritanya bulan Januari 2010 nanti. Kita tunggu aje la kad jemputan dari keluarga beliau. Kita ada 43 anak sedara, 8 dah kahwin, tinggal lagi 35. kalau amik kira satu tahun 2 org kawen, lebih kurang 17 tahun nak menanggung siksa menanam... :) baru habis semua kawin. Pastu cucu lak (mak sedara n pak sedara byk dah padam... heheheh). Takde le keje lain asyik nak mengahwinkan anak sedara aje le jawabnya.


Berikut adalah gambar dari Majlis Pertunangan Nur Sabarina dan Ejan yang berlangsung pada 26 September 2009 lalu:

Web Album.















Maaf le, lewat sikit post... busy le...

Sekian.


Friday, September 25, 2009

Gambar Sekitar Raya Di Merlimau 2009

Berikut adalah gambar sekitar Majlis Raya Di Merlimau 2009.

Boleh juga tgk semua gambar raya di:

Web Album
































Agenda Hari Raya Minggu Ini - 26 - 27 Sept 2009

Assalamualaikum wbt. dan Selamat Hari Raya.

Kepada semua sanak saudara, berikut adalah agenda yg telah diberitahu untuk minggu ini.

26 September 2009, Sabtu

1.

Masa : 11.00 AM

Majlis : Raya dan Sabarina Bertunang

Tema : Taik Cicak (hitam putih)

Tempat : Rumah Pak Uda & Mak Uda

Sempena : Majlis Pertunangan Sabarina


2.

Masa : 5.00 PM

Majlis : Sepetang Bersama Pak Itam....

Tempat : Rumah Pak Itam & Mak Itam

Sempena : Tak de ape2.... minum teh aje.


3.

Masa : 8.00 PM

Majlis : Doa Selamat

Tempat : Rumah Pak Uteh & Mak Uteh

Sempena : Raya



27 September 2009

Masa : 2.00 - 11.59 PM

Majlis : Rumah Terbuka Raya

Tempat : Rumah Pak Ngah & Mak Ngah

Sempena : Raya


Setelah beberapa panggilan telefon dibuat oleh pengerusi, hanya satu shj agenda untuk hari ini.

Sebarang pindaan akan diberitahu oleh tuan punya majlis.


Semua adalah dijemput hadir.


Sekian dan Selamat Hari Raya...



Fakta gambar:

jumlah kesemua ahli keluarga adalah 76.

yg hadir adalah 66.

tidak hadir 10.

peratus kehadiran 86%.



Thursday, September 24, 2009

Hari Raya 2009

Biarlah gambar-gambar ini bercerita sendiri!






Saturday, September 19, 2009

ACARA HARI RAYA KELUARGA HJ OTHMAN



Assalamualaikum WBT.


Untuk makluman dan tindakan anda semua, berikut adalah senarai program yg telah disahkan ada oleh tuan rumah dan juga disertakan sekali program yg masih belum disahkan:

Hari Raya Pertama:


Rumah En. Mohd Janis & Pn Siti Badariah Othman

Masa : 09.00 mlm

Status : Belum di sahkan lg oleh tuan rumah.


Hari Raya Kedua:


Rumah Mak Nah (Rumah Emak kpd Dr. Hjh Faridah Hanim Abd Hanan)

Masa : 09.00 pagi

Status : Masih belum disahkan.


Rumah Hj Othman & Hjh Mariyam (Rumah Induk)

Masa : 11.00 pagi

Status : Telah di sahkan (pot luck ye, bawa makanan - pastu share)


Rumah En. Amir & Pn. Marhanah

Masa : 09.00 mlm

Status : Telah disahkan (makanan dah tempah, sila hadir beramai-ramai).


Hari Raya Ke-7


Rumah Tn Hj Mohd Noor Sandiman & Pn Hjh Maria Othman

Masa : 11.00 pagi

Status : Telah disahkan (majlis makan-makan raya, lepas tu majlis pertunangan Sabarina)


Buat masa sekarang, inilah sahaja maklumat yg telah berjaya sampai ke tangan moderator. Sekiranya ada sesiapa yg ingin menambah majlis, sila email atau telefon atau sms kepada saya.


Sekian,


Selamat Hari Raya.

Maaf Zahir Batin.


Tuesday, September 15, 2009

Di Hari Raya.....




Gema takbir di subuh hari...

Menjelang sudah aidil fitri...

Tapi hamba musafir diri...

Ke sana sini membawa diri...


Ayah ibu lamalah pergi...

Pergi menyahut seruan Illahi...

Tinggal hamba seorang diri...

Tiada siapa ingin hampiri...


Oh Tuhan Yang Maha Kaya...

Hamba menangis di pagi raya...

Aidil fitri hari bahgia...

Tapi hamba dilanda derita...


Pusara ayah dan juga ibu...

Di pagi bahgia hamba kunjungi...

Dengarlah ini ratapan anakmu...

Hamba musafir di aidil fitri...
*Lirik lagu Musafir Di Aidil Fitri oleh S. Jibeng
p/s: sesiapa yg berminat nak hantar kad dan ucapan di blog ini, sila email latifi98@yahoo.com

Wednesday, September 9, 2009

ACARA KELUARGA SEMPENA SYAWAL




Assalamualaikum wbt.


Sempena menyambut kedatangan Syawal 1430 H ini, Pemegang Konci Rumah (bukan pemegang konci keluarga ya), telah berkenan untuk membuat sedikit jamuan yg dipanggil "Mari Beraya Bersama Di Merlimau". Jamuan ini adalah dikhaskan untuk keluarga sahaja , org kampung yg lain tidak dijemput. Sebarang sumbangan adalah amat dialu-alukan. Untuk pengetahuan semua, jamuan ini berkonsep "Pot Luck". Paham2 aje laa ye. Berikut adalah perkara yg perlu anda tahu berkenaan majlis ini:


Tarikh : Hari Raya Kedua

Masa : 11:00 Pagi

Konsep: Pot Luck

Sumbangan : Amat dialu-alukan


Sekian dan marilah kita bersama sama menghadirkan diri di majlis ini. Anda semua adalah penentu masa depan keluarga Hj Othman dan Hjh Mariyam.