Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Tuesday, September 15, 2009

Di Hari Raya.....




Gema takbir di subuh hari...

Menjelang sudah aidil fitri...

Tapi hamba musafir diri...

Ke sana sini membawa diri...


Ayah ibu lamalah pergi...

Pergi menyahut seruan Illahi...

Tinggal hamba seorang diri...

Tiada siapa ingin hampiri...


Oh Tuhan Yang Maha Kaya...

Hamba menangis di pagi raya...

Aidil fitri hari bahgia...

Tapi hamba dilanda derita...


Pusara ayah dan juga ibu...

Di pagi bahgia hamba kunjungi...

Dengarlah ini ratapan anakmu...

Hamba musafir di aidil fitri...
*Lirik lagu Musafir Di Aidil Fitri oleh S. Jibeng
p/s: sesiapa yg berminat nak hantar kad dan ucapan di blog ini, sila email latifi98@yahoo.com

No comments: