Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Tuesday, December 2, 2008

Majlis Pertunangan Siti Nor Diyana Bt Mohd

Alhamdulillah, pada hari ahad, 30 November 2008 yg lepas, majlis pertunangan Diyana telah selamat di adakan di rumah keluarganya di Chempaka Heights, Durian Tunggal, Melaka. Org yg meminang telah datang tepat pada masa yg dijanjikan iaitu kira kira pukul 12 tengahari. Berikut adalah transkrip perbualan kedua dua pihak, bagi yg tak dapat menghadiri majlis tersebut:

Pak uteh: Bukit jelutong si bukit cerakah,
Anak ikan terputus ekornya,
Selamat datang ke taman chempaka,
Berbondong bondong ape hajatnya.

(Hadirin) : Chewwahhh

Org sebelah : Dari bandung ke kuala pilah,
singgah sebenter di pulau pinang,
sudah tahu bertanya pula,
hajat di hati ingin meminang.

(Hadirin) : haaa..... jawab....jawab

Pak uteh: Jangan menyusu si ungka di hutan,
kalau anak di bantai di humban,
walau kami dah tahu hajat si tuan,
tapi yang mana satu jadi pilihan.

(hadirin) : yiiihhhaaaa..... jawab....jawab (masa ni suara mak uda paling kuat)

Org sebelah : ungka di hutan ingin di bela,
sedang anak di buat bingka,
Janganlah tuan buat terlupa,
Siti NorDiyana lah namanya.

(hadirin) : eewwwahhhhh...... (suara mak long pulak yg kuat)

Pak Uteh : Ingin ditanya ungka di hutan,
ape rahsia sanggup dibela,
Ingin ditanya kepada tuan,
ape dibawa apekebenda?

(hadirin) : berapa punya banyak pantun daaa....

Org sebelah: baik budinya ungka di hutan,
baik lagi anak sendiri,
yg dibawa kepada tuan,
ada mata lu pikirr la sendiri.

begitulah keadaan nya sehingga lebih kurang pukul 4 petang. asyik memantun je kejenya.

mengikut kata, majlis pernikahan akan diadakan pada 19 Jun 2009, majlis resepsi pada 20 Jun 2009 dan majlis menerima menantu (KL) pada 28 Jun 2009. Kalau salah, sila betulkan.

** Pembetulan** Tarikh Majlis Pernikahan adalah pada 20 Jun 2009 dan Majlis Persandingan adalah pada 21 Jun 2009** Terima Kasih**

Gambar di bawah menceritakan segala galanya. mari kita lihat sesama:




Senyuman pengantin yg lebauu..... suke nau

bertema pink

persediaan muka di malam sebelum majlis... di sebelah kanan tu ialah si arip. lihat betul2 mukanya semasa di buat magic touch oleh Permata Siti Beauty (no tel: 0193488344 (promo nampak...))


Inilah pula muka si Arip tadi... nampak obvious akan perubahan yg di alaminya, nampak muda 20 tahun dari umur asalnya.



buat buat baik depan bakal mentua le tuh... nyampah aku




pantang ada org pegang kamera, berebut rebut nak muka masuk gambar.





diyana sedang dibuat mukanya oleh Permata Siti Beauty (0193488344) untuk persediaan hari esok






selepas melakukan pembedahan plastik, inilah hasilnya


Barisan pemantun dari pihak org sebelah


ini pula barisan pemantun dari pihak tuan rumah.... steady pokteh











3 comments:

Anonymous said...

manisnye anak saudara mak cik nih.
semuga berkekalan hingga ke hari pernikahan, insyaAllah.

kalaulah nenek & atok ada........
Al-fatihah..

Anonymous said...

ha ah la mkcik,tibe2 terbayang..

Anonymous said...

amin...moge roh mereke dicucuri rahmat..