Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Thursday, June 6, 2013

FAMILY DAY 2013: PETA KE ISMAH BEACH RESORT





Assalamualaikum wbt.

Bahang hari keluarga kita semakin kuat terasa.

Untuk peserta kontinjen dari Kuala Lumpur, sila ikut arahan berikut:

1. Melalui lebuhraya PLUS, susur keluar ke Plaza Tol Simpang Ampat / Alor Gajah, spt di gambar 1.

2. Ikut seperti di gambar kedua.

3. ikut gambar 3.

4. ikut gambar 4.

5. ikut gambar 5.

Dah sampai.... hahahahaha.

In syaa Allah, jika diizinkan Allah, kita akan bertemu dan berseronok.

Dalam masa yg sama, kita akan adakan bacaan Yasiin & Tahlil utk arwah Hj Othman, Hjh Mariyam dan lain2 yg telah menyahut seruan Ilahi terlebih dahulu dari kita.

Selepas itu kita akan buat Solat Hajat, merayu dan memohon kepada Allah SWT agar dapat mengabulkan segala permintaan kita, baik berbentuk dunia mahupun ukhrawi.

Selesai Solat Isya' secara berjemaah, kita akan mendengar ceramah bertajuk Sembahyang", yg akan disampaikan oleh Ustaz jemputan kita.

Utk makluman, Solat Maghrib, bacaan Yasiin & Tahlil, Solat hajat, Solat Isya' serta ceramah ringkas akan diketuai oleh Ustaz jemputan.

Moga kali ini akan menjadi majlis Hari Keluarga yg paling bermakna dalam hidup kita, In syaa Allah.


Sekian dan Selamat bersukan utk semua kontinjen...


Wassalam



HIDUPPP BARNEY!!!!

hahahaa.... korang ade!!???

No comments: