Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Tuesday, June 4, 2013

INFO UMUM

 
 
Salam semua,

Meeting AJK yang bertarikh 31 Mei 2013 merupakan meeting terakhir AJK. Dengan itu berlabuhlah tirai meeting AJK Family Day 2013 ini. First and foremost, terima kasih kepada pak lang, mak lang dan sekeluarga kerana sudi menjadi tuan rumah untuk meeting yang terakhir ini dan sudi memasak untuk kami yang kelaparan smlm hehe. Kepada saudara-mara yang menghadirkan diri semalam, terima kasih. Kepada yang tidak dapat menghadirkan diri, anda tidak dilupakan. Anda tetap berada dalam ingatan kami:-):-)

Mulai hari ini updates akan diletakkan di facebook, blog haji othman dan juga whats app seperti barang2 yang perlu dibawa dan sebagainya untuk melancarkan lagi sambutan hari keluarga 2013 ini. Kerjasama dari pihak saudara mara sekalian amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih:-)
 
By: Syaheedah Isa
 
 


 

No comments: