Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Wednesday, March 10, 2010

PROMOSI TERBARU STREAMYX

Assalamualaikum WBT.

Streamyx sedang mengadakan promosi sambungan internet dan telefon line untuk rumah. Sekiranya anda sedang berkira-kira untuk memasang internet di rumah anda, sila pertimbangkan tawaran hebat dari TM ini (tak dpt komisen apa pun... menolong aje).


PROMOSI PERTAMA:

STREAMYX COOL UNI PACK


Tawaran ini hanya dikhaskan untuk para pelajar IPTA/IPTS yg berada dari tahun 1 hingga tahun 2 sahaja (tak lebih dari 4 semester). Yang menariknya pakej ini ialah, anda akan diberikan satu komputer netbook percuma dan yuran langganan pula hanyalah RM50.00 sebulan selama 2 tahun. Streamyx ID anda pula boleh digunakan di mana2 Streamyx Hotzone secara percuma.

Berminat? Pastikan anda ada line telefon rumah dan pergi ke TMPoint terdekat untuk amik borang dulu dan tanya kat kerani kaunter tu.

REF: Klik Disini




PROMOSI KEDUA:

STREAMYX BLOCKBUSTER DEALS


Pakej ini pula ialah pakej yg lebih kurang sama dengan pakej Streamyx Combo yg biasa tu, cumanya pakej ini ditawarkan sekali dengan pakej panggilan percuma ke seluruh Malaya termasuk Sabah & Sarawak (telefon rumah ke telefon rumah sahaja). Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat panggilan dari telefon rumah ke semua nombor telefon bimbit dengan kadar yg sangat menarik iaitu 15sen seminit untuk pakej RM90 sebulan dan 10sen seminit untuk pakej RM110 dan ke atas sebulan. Sekiranya anda pelanggan baru, anda juga akan diberikan satu set telefon cordless secara percuma. Tidak ketinggalan, anda juga akan diberikan modem wireless secara percuma. Tiada kos pemasangan dan pengaktifan.
Sekiranya anda berminat, sila ke TMPoint terdekat dan boleh mendaftar terus dgn mereka.
Sekian untuk makluman dan tindakan anda.

1 comment: