Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Tuesday, May 25, 2010

MENJELANG HARI KELUARGA - APA YG PERLU ANDA BAWA?


Assalamualaikum wbt.
Berikut adalah brg yg kene dibawa oleh peserta:
1. Colour Pencil untuk yg mengambil bahagian dalam colouring contest.
2. Pisau utk peserta acara melapah nenas.
3. 2 botol 1.5liter berisi air mineral utk setiap keluarga (wajib, kang pengsan lak kang tak cukup air)
4. Pot luck - seperti yg dijadualkan.
5. Jangan lupa.... buah-buahan anda. Setiap ahli kumpulan kene bawa sekurang-kurangnya sebiji buah mereka (?????)
6. Sarung tangan tebal, pale, penyepit - utk peserta acara menangkap ketam.
7. Pakaian bersesuaian untuk tema "Agogo" pada malam grand dinner. Ada hadiah utk pakaian yg paling agogo sekali, iaitu hadiah Pria Terhebat dan hadiah Cewek Montok. Kanak-kanak bwh 12 tahun pun ada hadiah juga, Model Cilik.
So, bersedialah, anda akan diperhatikan!!!!!

No comments: