Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Tuesday, May 4, 2010

Tentatif Program Hari Keluarga Hj Othman & Hjh Mariyam 2010


contoh pakaian Agogo... yiehhhaa. Yang depan sekali tu seksi gila... hahaha


Assalamualaikum WBT.

Berikut adalah tentatif program Hari Keluarga 2010 kita:

Hari Pertama

Jumaat, 28 Mei 2010

12.00 Tghari - Check In Time - bawak duit lebih sebab ada gerai jualan (tupperware la, cellplus la, air freshener la, Hai-o la)

01.00 PM - Kaum Lelaki pergi menunaikan Solat Jumaat (yg cukup syarat musafir dikecualikan)

03.00 PM - Program bermula

07.00 PM - Bersiap untuk Majlis Ibadah - bacaan Yasin, tahlil arwah, solat hajat untuk yg ambik peperiksaan dan apa aje hajat yg ada.

10.00 PM Selesai makan. Program menangkap ketam akan dimulakan


Hari Kedua

Sabtu, 29 Mei 2010

07.15 AM - Amik Gambar Keluarga - sesapa ada DSLR, sila bawak ye.

07.30 AM - Tarian Ponco Ponco (poco poco kot) bermula - dikendalikan oleh Busu Biah

08.00 AM - Sarapan (disediakan)

08.30 AM - Program bermula

01.00 PM - Makan Tghari (disediakan)

03.00 PM - Program disambung

08.00 PM - Selesai solat, Majlis tema bermula - Agogo. Kalu nk nyanyi, sila nyanyi lagu 60an, 70an dan 80an sahaja yek. kalu bawak CD sendiri lagi bagus. Ada anugerah Best Dress Cowok, Best Dress Cewek dan Best Dress Cilik.

12.00 AM - Majlis selesai dan program mencari ketam bermula lagi


Hari Ketiga

Ahad, 30 Mei 2010

07.30 AM - Tarian Senamrobik - dikendalikan oleh Pak Uda

08.00 AM - Sarapan (disediakan)

08.30 AM - Majlis Penyampaian hadiah

12.00 PM - Check Out Time


Seperti yg diberitahu dalam meeting tempohari, semua acara adalah menjadi rahsia AJK yg berkenaan sahaja. Ini untuk mengelakkan peserta membuat persiapan awal (chehh...)

Sekian adanya...

Wassalam.



3 comments:

Miza M said...

fuiyoohh sexy la masing2..
kalau anak2 & cucu2 pakai camni sekarang, maknanye nye diorang takleh marah la kan.. haha~

Latifi Othman said...

hahaha... kalu nk kene hongges, try le pakai camtuh.

Dalina said...

salam miza ku,
dorg pki mcm tu sbb masa tu zmn jahiliyah. pendedahan agama tak sehebat skrg..
lebih berat hukumnya kalau TAHU tp tak nak buat...

haha