Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Tuesday, November 3, 2009

TERIMA KASIH DAUN KELADI...




Assalamualaikum wbt.

Sebagai mewakili keluarga Mejar (B) Abdul Aziz Bin Munaji dan Puan Latipah Bt Kassim, kami (busu dgn busu reena le) mengucapkan ribuan terima kasih kepada yg sudi dtg ke Banting sempena meraikan majlis perkahwinan adik busu reena yg last... so, kepada yg tak dapat dtg hari tu (31 hb oktober), lepas nih dah takde majlis dah kat rumah Busu Reena tu. Rugi korang tak datang, ice scream seedaaap...

Terima kasih juga kepada yg memberi "salam kaut" dan juga yg menanam (kak leha byk menanam tu).

Masa ramai2 datang tu, busu terlupa nak amik gambau. maklum le, menantu tua, banyak keje nak kene buat... buat bodo, buat2 sibuk, buat tak tau, buat taik mata.... pendek kata, memang busy gila laa hari tu.

Sebagai penutup bicara, kami mengucapkan terima kasih lagi sekali kepada yg hadir dan juga yg tidak hadir.... segala kekurangan harap dimaafkan.

Terima Kasih.
kalau korang nak tau, busu yg menghias keta kuda tu tau.... pukul 3 pagi baru siap. jgn tak percaya.



harish bukan main suka dpt naik keta kuda tu



decoration memang tip top punye... siap ada taburan kelopak bunga ros gitu...



gambar sejurus sebelum bergerak ke rumah ibubapa pengantin lelaki


6 comments:

Saifura said...

sama2 daun keladi busu..
yela..br ni la busu sibuk kalo x busu slalu buat2 sibuk jek..

Diyana said...

bestnye naik krete kude..

Anonymous said...

waaah hensemlah kuda tu! busu makeup kuda sekali x?
-Sabar-

Dalina said...

aaapaaa??kereta kuda???

Dalina said...

cantek gmba,busu.baru angkat dslr ka

Latifi Othman said...

heheheh.... sebona eh semua gambar tu si photographer punye. busu cilok masa dia nak transfer guna laptop busu. idup musti pantas...