Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Wednesday, September 9, 2009

ACARA KELUARGA SEMPENA SYAWAL




Assalamualaikum wbt.


Sempena menyambut kedatangan Syawal 1430 H ini, Pemegang Konci Rumah (bukan pemegang konci keluarga ya), telah berkenan untuk membuat sedikit jamuan yg dipanggil "Mari Beraya Bersama Di Merlimau". Jamuan ini adalah dikhaskan untuk keluarga sahaja , org kampung yg lain tidak dijemput. Sebarang sumbangan adalah amat dialu-alukan. Untuk pengetahuan semua, jamuan ini berkonsep "Pot Luck". Paham2 aje laa ye. Berikut adalah perkara yg perlu anda tahu berkenaan majlis ini:


Tarikh : Hari Raya Kedua

Masa : 11:00 Pagi

Konsep: Pot Luck

Sumbangan : Amat dialu-alukan


Sekian dan marilah kita bersama sama menghadirkan diri di majlis ini. Anda semua adalah penentu masa depan keluarga Hj Othman dan Hjh Mariyam.

1 comment:

kakak said...

i nk bw macaroni & kacang2..
ewaa ewaa..