
Seperti yg semua maklum, majlis resepsi telah diadakan pada 21 Jun 2009 yg lalu bertempat di Grand Ballroom MITC, Level 2. Berikut adalah gambar2 yg sempat dirakam oleh kamera murah ku (ntah apasal, gambar jadik tak cantik... mungkin lighting kat dlm dewan tu + baju yg memerah menyakitkan mata... :) )
Tanpa berlengah lagi, kita saksikan gambar gambar sekitar majlis. Captions korang cipta le sendiri dalam hati ye...
*lupa nak bagi web album:

Wakil Ketua Wanita UMNO Malaysia...

baju ke kamera ke atau mmg bibik nampak cam gemuk??

tokonang somaso duluuuu......

cik hazrati sedang menyiapkan meja utk tetamu sebelah lelaki

gambar sepupu terkecik bersama anak sedara mereka...

rehearsal untuk persembahan depan pengantin nanti... (tak penah aku tengok tarian tu...)

sejurus selesai latihan tarian pengantin

ketibaan tauke durian...

penunggu kiosk desert

kelihatan petugas (para gergasi merah) sedang membuat persiapan terakhir

ketibaan pengantin bersama pengapit dan junior bridesmaid and junior groomsman

memasuki ruang legar MITC

kene makan dulu sebelum buat keje... dah siap makan tapi tak buat keje pun??

semasa menunggu ketibaan pengantin... di bilik VIP

pengiring/penari

ape daa... tak cukup tido ke?

sama padan, sama lawa... semoga kasih berpanjangan... InsyaAllah

agaknya amal terkentut kot, tu yg si syazlina tutup mulut tu?

sebenarnya pengantin junior ni yg dpt perhatian lebih...

persembahan kompang berformasi dari Sekolah Kebangsaan Tedong, Merlimau, Melaka. sejurus selesai membuat persembahan, mereka meneruskan perjalanan ke KL untuk mengambil bahagian dlm kejohanan kompang kebangsaan

makan beradab (berhadap ke? beradat ke? fenin....) di kiri dan kanan pengantin adalah ayah dan bonda pengantin lelaki

persembahan tarian rojak dari sepupu untuk pengantin

beginilah rupa pelamin indah untuk mempelai

kenangan bersama pengantin... yg korang tanak amik gambar dgn pengantin apasal? (jawapan untuk soalan: " asyik gambar busu je yg masuk blog")

lagi tarian rojak

bergambar bersama Datuk Seri Mohd Ali Rustam... terima kasih Datuk Seri kerana melapangkan masa untuk meraikan pengantin

persembahan dari salah seorg peserta paralimpik, OKU.

heheheh... jawapan yg sama juga untuk soalan yg sama seperti tadi. nampak tangan Datuk Seri tu? haaa..... malas nak cerita panjang

majlis pun dah selesai, tiba saat utk mengemas pulak

bahrain abu baru sampai...
ok lah ye... insyaAllah kalau ada gambar yg cantik, pihak admin akan membuat post berkenaan majlis resepsi di pihak lelaki lak.
Salam...
No comments:
Post a Comment