Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Saturday, January 2, 2010

Majlis Perkahwinan Sabarina - Persiapan Utk Para Pria


masa ni diorg tak ade uniform lagi. cuba bayangkan kalau diorg ada uniform mcm kita nak buat nih... mesti hensem kan?

Assalamualaikum WBT.

Memandangkan kali ini kita tidak diberikan subsidi untuk membuat baju uniform, maka saya telah mencadangkan agar kita beli sendiri baju yg sama dan membayarnya sendiri.

Namun begitu, untuk mengelakkan keadaan baju majlis menjadi caca merba (baju tak sama), maka saya melantik diri saya sendiri (dengan persetujuan keluarga pengantin) untuk membeli baju uniform itu.

Kebiasaannya, kita akan diberikan (bukan percuma ye, kene bayar tu) sehelai kain untuk ditempah menjadi baju kemeja. Kos untuk kain lebih kurang RM 25 - 35 manakala kos tempahan dari RM 40 - RM 80. Total kos adalah RM 65 - RM 115.

Jadi, selepas mengambil kira semua faktor kos itu, adalah lebih baik jika sekiranya kita membeli baju yg dah siap dijahit dan dibeli mengikut saiz yg ada.

Harga baju itu akan berlegar sekitar RM 60 - RM 70 sahaja. Alang-alang beli, biar yg ok sikit kan? nanti boleh pakai untuk majlis lain.

Oleh itu, saya ingin mendapatkan persetujuan dari para pria yg tersenarai di bawah dan juga yg tidak tersenarai (sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya).

Saya akan membeli baju itu pada 08 January 2010. Sekiranya anda ingin menempahnya, sila maklumkan kepada saya sebelum tarikh tersebut. Baju akan diberikan jika ada kesempatan berjumpa dan seiring dengan penyerahan baju tu, bayaran juga hendaklah dibuat "on the spot!".

Berikut adalah senarai nya:

1. Tn Hj Yusof Jaafar
2. Tn Hj Maarof Kassim
3. Tn Umrah Md Ali Akbar Othman setuju
4. Tn Hj Md Isa Othman setuju
5. En Mohd Janis setuju
6. En Md Amir Jantan setuju
7. En Zakaria Mohd Noor setuju
8. En Ishak Abd Jalil setuju
9. Tn Hj Md Latifi Othman setuju

10. Muddassir
11. Akramin
12. Rohaizad
13. Halimi
14. Nazeem
15. Saifull
16. Nazrin
17.
18.
19.
20.

Jadi, bertindaklah dengan segera...

SMS nama dan saiz yg anda mahukan ke telefon bimbit Busu. Kalu tak ada nombor nya, cari sampai jumpa.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteriii....



Wassalam.

p/s: jgn lupa undi rock kapak... yeayeahhh!!!

No comments: