Thursday, March 5, 2009
Kenangan Terindah...
Rehatlah ibu dan ayahku sayang..rehatlah dari kesedihan dunia…
Perginya ayah dan ibu untuk selamanya…sudah bertahun berlalu…tp akhir2 ini hati ini terlalui merindui ayah dan ibu… kita menangis, ketawa dan makan bersama...rehatlah ibu dari kedukaan dunia… rehatlah ayah dari kecelaruan dunia... anakmu ini sentiasa doakan ibu dan ayah…tak lama lagi anakmu ini juga akan menyertaimu ayah, ibu…Berdukacita, merintih rindu tidak berupaya mengubah ketetapan takdir biar sedikit pun. Allah mengasihi ayah dan ibu dan mengambil kalian lebih awal dari dakapanku… Allah lebih mengetahui untuk membalas hamba yang dikasihi-Nya, lebih daripada apa yang boleh dilakukan oleh anakmu ini untukmu wahai ayah dan ibu…kerana Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang yang tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang manusia…apatah lagi kasih sayang ku terhadap mu ayah dan ibu…kerna kasih dia lebih agung…ibu dan ayah takkan keseorangan didakap rindu kerana meninggalkan dunia yang penuh dengan pelbagai dukacita ini kerana Allah sentiasa ada bersamamu… sungguhpun tidak mudah mengikis utk rasa rindu kehilangan ayah dan ibu… Sungguhpun bukan mudah memujuk kesunyian hilangnya tempat bermanja, hilang tempat bergurau senda dan mengadu kasih… sungguhpun begitu hati ini masih berupaya redha dgn tentang ketetapan Ilahi, qada’ dan qadar ketentuan Allah…anak mu ini sedar..bahawa tidak ada manusia yang berupaya mengubah ketentuan-Nya. Hanya Allah Maha Mengetahui rahsia yang tidak terungkai oleh pemikiran manusia di atas ketetapan-Nya.Sesungguhnya di sebalik rindu dan rasa sedih yg kadangkala menjengah…aku pasrah dan terus tabah menghadapi sisa-sisa hidup yang masih tidak ku tahu bila penghujungnya…moga Ya Rahman mengasihani ayah dan ibu..moga kubur ayah dan ibu dilapangkan…moga kubur ayah dan ibu diharumi haruman kasturi..moga roh ayah dan ibu disinari cahaya dari Ya Rabbi….hati ini makin merindui ayah dan ibu…dan terlalu rindukan Dia Yang Maha Agung…moga satu hari nanti kita kan bertemu jua…bertemu Dia pencipta ku…dan juga bertemu ayah dan ibu…penyejuk hatiku…Al-fatihah untuk ayah dan ibu…
di cilok dan edit sedikit dari blog:
http://zealous-zuragon.blog.friendster.com/2008/10/rehatlah-ibuku-sayangrehatlah-dari-kesedihan-dunia/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
alfatihah utk mereka...
*comelnye sumerg time kecik2 tuuuuuu
Post a Comment