Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Sunday, November 8, 2009

Mesyuarat Program Hari Keluarga Hj Othman 2010 - BIL 1/2009


Salam kepada semua.

Mesyuarat pertama untuk program Hari Keluarga HJ OTHMAN 2010 akan diadakan pada malam selepas kenduri kesyukuran DSM Arif (malam raya pertama Aidil Adha).

Antara agenda yg dicadangkan ialah:

1. Pengesahan / pengumuman senarai AJK program.

2. Penetapan tarikh program.

3. Penetapan tempat program.

4. Penetapan bayaran per family.

5. Pembentangan bajet.

6. Senarai penderma.

Sekian,

p/s:

untuk setiausaha (Miza):

sila print agenda ini sebab tuan presiden punya printer inknya dah habis... nak seleweng duit tabung, duitnya pun tak ada...

untuk bendahari (Akmar):

sila senaraikan dan print ahli berdasarkan yg telah berkeluarga... tak kira first level ke, second level ke.

No comments: