Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Tuesday, November 17, 2009

DARI SPY LEMAN: KELEBIHAN DAN KEBURUKAN...

Pada hari Ahad, 15 Nov 2009 yg baru lepas, Tn Presiden telah mendedikasikan hari yg indah untuk tidur itu untuk keluar menyiasat dengan lebih mendalam mengenai 3 buah training centre yg telah diwar-warkan bersama.

3 buah training centre yg berjaya dijejaki itu ialah:

1. Nur Lembah Pangsun Eco Resort & Training Centre.

2. Impian Rimba Resort.

3. Agrotek Garden Resort.


Berikut pula ialah ulasan dari Tn Presiden.

1. Nur Lembah Pangsun Eco Resort & Training Centre.

ulasan:

baiknya:
* rate untuk bilik satu malam amat berpatutan iaitu RM 100. Ada 4 katil bujang.
* makanan pula seperti berikut:
sarapan = RM 4 seorg
makan tghari/malam = RM 8 seorg
minum ptg/malam = RM 3 seorg
* banyak aktiviti yg boleh diadakan.

buruknya:
* tak cantik langsung... mcm lombong tinggal.
* kolamnya mcm kolam takungan na**s, air tak bertukar dan tak mengalir.
* air sungai nya tak menarik.
* persekitaran yg tak menarik langsung.
* walaupun banyak aktiviti boleh dibuat, tapi semua kena caj.


Signboard cantik

deretan chalet yg rate RM100 satu malam, depan tu kolam takungan. Nampak tak rumah kecik atas nun? tu le tempat mula flying fox... kusssmangat...

sungai yg macam longkang... tak tergamak nak mandi.


2. Impian Rimba Resort. (tak de gambar)

ulasan:

baiknya:
* ditutup untuk org luar.

buruknya:
* hari hari tutup.... tgh renovate... hampeh.


3. Agrotek Garden Resort.

ulasan:

baiknya:
* tempat cantik, bersih dan nyaman.
* makanan memang sedap.... marbeless.
* ada aktiviti jugak.

buruknya:
* memang le cantik... mahal.
* memang le sedap... mahal (tomyam utk 1 org makan RM 10.00)
* aktiviti kena bayar.
* karaoke kalu lebih jam 10.00 malam, kene caj RM100 sejam.



tu bangunan asramanya... terlupa nak amik gambar bilik kat sebelah bawah resort.


ni le sungai nya... cantik sikit dari lembah pangsun. yg tak bestnya, tempat makan betul2 sebelah sungai tu.


Ulasan besar:

Tiga tiga tempat tu tak best. Kena ikut peraturan. Kita nih jenis keluarga yg tak ikut peraturan, cemana? Nyamuk pun boleh tahan banyak kat situ. Makanan luar tak bleh bawak masuk... Boring ah... Tolak aje le tempat nih, tak best...

Cadangan:

Memandangkan Melaka telah ditolak, Port Dickson dah pegi, kita cuba Bagan Lalang lak. Ada cadangan dari Wanita Umno & TNB, diorg suruh cari area Morib.

Setelah dibuat penyelidikan, Morib nih macam tak ada chalet aje. Chalet Persekutuan tu plak untuk org gomen je. takkan nak amik semua chalet gomen tu pulak kan?

So, Tn Presiden dengan tahap komitmen dan dedikasi yg luarbiasa tinggi telah membuat beberapa penyelidikan dan pembangunan dan telah mendapat beberapa penemuan chalet yg dirasakan sesuai utk menjadi lokasi Family Day kita kali ini, di Bagan Lalang.

Berikut adalah chaletnya:

1. Camar Laut (LKIM)
Phone# 03-31411912
FAX# 03-31411924
Kg. Bagan Lalang, Sg. Pelek, Sepang, 43950 Selangor.
Number of Rooms 18
2 jenis
RM110 single (2 unit)
RM100 double (16 unit)
Total cost RM 440 + RM 3200 = RM 3440.00
Tapi cuma dapat 1 malam shj iaitu masuk 26 feb dan keluar 27 feb 2010, dan telah di booking oleh Tn Presiden kita, untuk semua chalet yg ada (18 unit).

website yg ada gambar:
http://www.sungaipelek.com/bagan/camarlaut.html


2. Kompleks Agrotourism/Chalet Persatuan Nelayan Kawasan Sepang
Phone# 03-31413182
FAX# 03-31412894
Persatuan Nelayan Kawasan Sepang. Bagan Lalang 43950 Sg. Pelek, Selangor
Number of Rooms 20 (rate RM110/day)
Dorm ada 2 (1 dorm boleh muat 24 org, RM250 sehari)
Total cost kalu ambik semua chalet dan dorm ialah RM 5400.
Dan Tn Presiden dengan gaya pahlawan telah membooking (block tarikh tu) kesemua nya sekali.
40% deposit diperlukan untuk confirm booking sebulan sebelum tarikh pergi.

website yg ada gambar:
http://amph-planet.blogspot.com/2009/03/beach-bagan-lalang-sepang.html

http://ajakdiana.fotopages.com/?entry=1399234

http://mummyeda.blogspot.com/2009/10/pnk-sepang-resort.html


Dan seperti biasa, Tn Presiden akan pergi "recce" kawasan ini pada hari ahad ni. Bergerak dari Puchong jam 5.00 ptg. Malam bulih makan ikan bakar kat situ. Ada yg mau ikut (tapi makan bayau sendiri le)?

So, ada komen dan cadangan??? Kira tak de la tu... setuju aje la.

Wassalam...

No comments: