Assalamualaikum wbt...
Seperti tajuk di atas, sukacita dimaklumkan bahawa majlis pertunangan ini telah berlangsung dengan lancar dan penuh gaya.
Kelancaran telah dapat dilihat sejak dari penggubahan Sirih Junjung lagi (memakan masa selama 13 jam) yg telah di sempurnakan oleh kaki kaki bangku tidak bertauliah yg perasan nak menjadi pengganti Mak Cik Awien... (ada yg terasa ke? Hahahaha). Buat pengetahuan semua, sireh junjung tu siap dalam masa yg telah dijangka iaitu lagi 23 saat sebelum majlis mula.
Untuk tidak membuang masa lagi, mari kita lihat gambar sekitar malam sebelum dan pada hari majlis berlangsung:
masa nih menunjukkan pukul 11 malam - diorg amik masa 2 jam utk mencari teknik yg betul nak membasahkan menatang hijau tu.
"ana nak buat camnih", "ahh takde, kak wa nk buat yg bwh tuh", jam menunjukkan pukul 5 pagi... bila nk mula keje daaa....
pukul 11.59:37, akhirnya siap juga sireh junjung nih... tapi jadik hero bola kampung tu pulak.... hahaha....
Untuk tidak membuang masa, mari kita lihat pula gambar2 sekitar majlis berlangsung (pengerusi tak dpt hadir). Gambar dicuri dari facebook Maisura.
nasib baik diorg dah edit gambau nih... kalo tak, komfem nampak berlubang lubang daun sireh tu... dah tahap masuk ICU dah daun tu.
apsal le diorg ada letak patung lak kat situ? org semua pandang kiri, patung tu pulak pandang kamera...
"Yang ini pulak?", "yg ini kat zimbabwe", "uihhh... kira antarabangsa le jugak cik mad nih ye?", "biasa tu..." - perbualan bakal besan.
nnti masa bagi hadiah kawen nnti, ko bagi hadiah kat mama tudung yg mcm nih ye... kaler ijau. kalu ko tak bagiii....
Begitulah adanya.... sapa suruh tak bagi gambau?? tengok aje le gambar ape yg ada yee...
Anyway, tahniah diucapkan kepada DSM Arif yg telah selamat ditunangkan dengan pilihan hatinya. Dengar kabar, majlis pernikahan akan diadakan pada 3 Oktober 2010 nanti dan majlis sebelah lelaki pada 10 oktober 2010. Mula le cari baju ye... para pria tak payah beli lagi dah, kitorang pakai baju masa kawen sabarina je (kalau buat kt tempat aircond le, kalu buat tempat kipas, kena pakai t-shirt aje gamaknya).
Sekian...
Anyway, tahniah diucapkan kepada DSM Arif yg telah selamat ditunangkan dengan pilihan hatinya. Dengar kabar, majlis pernikahan akan diadakan pada 3 Oktober 2010 nanti dan majlis sebelah lelaki pada 10 oktober 2010. Mula le cari baju ye... para pria tak payah beli lagi dah, kitorang pakai baju masa kawen sabarina je (kalau buat kt tempat aircond le, kalu buat tempat kipas, kena pakai t-shirt aje gamaknya).
Sekian...
**tq and credit to maisura's facebook.
5 comments:
busu bohong...kitorang siapkan sireh ni kul 3pg ok..
kakwa, forward le gambau kt busu.. busu,amek le gambau kt facebook kakwa tu..
alar..busu save jela gmbau kat fb tu..
ye la... nnti busu copy kt fb wa.
mmg meriah..xsgke menjadik sireh tu haha. syabas kpd petugas2!
Post a Comment