Kami adalah dari keturunan Allahyarham Hj Othman B. Abdullah (14 November 1995) dan Allahyarhamah Hjh Mariyam Bt Hj Alus (15 April 2004). Kami berasal dari Kampung Merlimau, Melaka. Mempunyai 10 orang adik beradik - 3 lelaki dan 7 perempuan dan 10 menantu. Jumlah keseluruhan cucu ialah 44 (termasuk Allahyarhamah Nursyarfina Bt M. Ali Akbar dan Allahyarhamah Farah Bt M. Latifi). Lelaki berjumlah 19 org dan perempuan 25 (23 yg ada). 12 org telah mendirikan rumahtangga menghasilkan 9 orang cicit (6 lelaki dan 3 perempuan).

Jumlah keseluruhan ahli keluarga kami pula ialah seramai 82 orang... dan akan bertambah bila-bila masa dari sekarang.



Thursday, March 31, 2011

PENDAFTARAN PROGRAM KORBAN 2011/1432

Assalamualaikum WBT.

Memandangkan pada tahun ini Hari Raya Haji jatuh pada 6 November 2011 (hari ahad), maka kita akan buat program korban pada tahun ini.

Mengambil kira segala pandangan dan pendapat otai keluarga, kita cuma akan mengorbankan seekor lembu sahaja.

Oleh itu, seperti yg diketahui, hanya ada 7 bahagian sahaja dan rebutlah peluang menunaikan ibadah korban yang hanya setahun sekali ini.

Yuran untuk satu bahagian korban hanyalah RM 370.00 sahaja.

Segala urusan pembayaran bolehlah dibuat kepada Pn Bendahari kita, selepas beliau beranak la nanti (aku dah tau dah korang nak cakap apa).

Sekian dan selamat beribadah.


Berikut adalah petikan dari laman web ini: http://www.al-azim.com/haji/qurban/dalil.htm


DALIL PENSYARIATAN & FADHILAT QURBAN

DALIL PENSYARIATAN

  • Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

    Maksudnya : "Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur"
    .

  • Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

    Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

  • Sabda Rasulullah S.A.W.:

    Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)


FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

  • Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

  • Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

    Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

  • Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

    Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

  • Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

    Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

  • Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

Sekian dan Wassalam.

Friday, March 4, 2011

Dah lama tak pos di blog ni.

Dari dulu lagi saya anggap mendengar lagu-lagu dari kumpulan nasyid tidak ada bezanya dari mendengar lagu-lagu klasik, klasik nasional atau rock. Ia setakat menghiburkan, itu sahaja. Saya tidak terfikir ada pendengar akan terus sembahyang apabila mana-mana kumpulan nasyid menyanyikan 'marilah kita sembahyang'. Samalah tidak ada diantara kita yang akan mencari tangan untuk dipegang apabila mendengar lagu 'I Wanna Hold Your Hand' nyanyian The Beatles.

Sekarang ini ramai diantara kita yang tergila-gilakan seorang penyanyi rakyat Sweden dan berasal dari Lebanon bernama Maher Zain. Saya mula mendengar lagunya semasa majlis berbuka puasa di rumah seorang sahabat sekolah saya di Melaka di bulan Ramadan yang lepas. Berkali-kali lagunya diulang di majlis itu. Tetapi bagi saya tidak ada bezanya jika tuan rumah itu memainkan lagu Ziana Zain atau Anuar Zain. Sekurang-kurangnya Ziana dan Anuar Zain orang Melaka sama seperti saya bangga dengan penyanyi-penyanyi Negeri Sembilan seperti Aishah dan Hattan.

Dua bulan lepas pula di perkahwinan anak arwah abang saya lagu-lagu Maher Zain juga secara eklusif didendangkan macamlah tidak ada lagu-lagu Melayu yang layak didengar di majlis itu. Cuma lagu 'Selamat Pengantin Baru' nyanyian Saloma dimainkan semasa kedua pangantin masuk ke dewan.

Malam tadi saya mendengar ceramah bulanan surau saya yang diadakan pada tiap-tiap hari Khamis pertama. Penceramah bukan sebarang orang. Dia berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan mempunyai ijazah kodoktoran dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Dia sekarang menjadi pensyarah di sebuah universiti di Selangor.

Penceramah menyentuh mengenai mengenai solat termasuk sebab-sebab mengapa ramai dari kita meninggalkan solat. Diantara sebabnya mengikut penceramah ini ialah kerana keasyikan kita mendengar lagu-lagu nasyid yang kononnya mempromosikan Islam. Kemudian sekarang ditambah lagi dengan dengan kesyikan mendengar lagu-lagu Maher Zain. Sampai Maher Zain diminta menyanyikan lagu-lagunya dalam Bahasa Melayu. 

Mengikut ustaz ini sebenarnya kumpulan-kumpulan nasyid dan Maher Zain bukan mendekatkan kita dengan solat, tetapi sebaliknya. Mereka ini sebenarnya perosak Islam dan katanya lagi dia akan 'menentang mereka ini habis-habisan'. Saya selalunya kecewa bila mendengar ceramah-ceramah di surau atau masjid kerana penceramahnya menghina kecerdikan saya atau 'insults my intelligence'. Lebih-lebih lagi jika penceramahnya menyelitkan unsur-unsur politik dalam ceramahnya. Tetapi inilah diantara penceramah agama yang saya dapati selari dengan pemikiran saya.

Tetapi saya tidak setuju jika kita terus mengharamkan kumpulan-kumpulan nasyid atau penyanyi Maher Zain. Mereka nak cari makan juga. Cuma saya tidak mahu kita menganggap mereka ini melebihi penyanyi seperti Siti Nurhaliza dan Celine Dion. Tidak lebih Islam kita apabila mendengar lagu-lagu nasyid dan Maher Zain dibandingkan mendengar lagu-lagu ciptaan Tchaikovsky dan Lennon-McCartney. 

Oh ya, ada saya dengar lagu nasyid Melayu disadur dari lagu Lebanon ciptaan dua beradik beragama Kristian. Camno tu?

Thursday, March 3, 2011

PILIHANRAYA KECIL N27 DUN MERLIMAU - 6 MAC 2011

Sila la balik untuk merasai kemeriahan dan keberuntungan orang Merlimau.

Siapa calon pilihan anda?

Pensil ditangan anda sekarang.











Bahirah???? Ni bukan org PAS ke?

Ada yg anda kenal??


Sekian dan mari mengundi.